image Kisah Mengundi Kami - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Sunday, 5 May 2013

# Family Matters

Kisah Mengundi Kami

Hari ini Mia dan Suami Mia dah bercadang untuk keluar mengundi dalam 12.00 tengahari di Dewanraya Taman Universiti dan beranggapan pada masa itu tentu orang sudah tidak ramai. Mula-mula Suami Mia mengundi dahulu sementara Mia jaga Sofea di luar dewan. Selepas selesai, Mia pula yang pergi mengundi dan Suami Mia pula yang jaga Sofea.

Sangkaan kami meleset apabila sampai di sana dan rasa kecewa sebab orang masih ramai sehingga beratur di luar dewan. Kami  ke kaunter luar untuk semakan dan mengambil keputusan untuk hantar Sofea ke rumah neneknya (Mak Suami Mia) yang berdekatan dengan Taman Perling. Kami terus beredar tanpa sempat mengundi sebab hari dah nak mula hujan. Kesiankan Sofea. Nanti dia meragam dan rasa tidak selesa menunggu dengan keadaan yang sebegitu.

Sofea merajuk bila dah sampai rumah neneknya sebab dia dari minggu lepas sibuk nak mengundi bila nampak iklan di televisyen dan bendera parti di tepi jalan. Nasib baik, keluarga Mertua Mia telah mengundi sebelah pagi tadi. Selepas hujan reda, kami terus bergerak semula ke Taman Universiti untuk mengundi. Jarak perjalanan dalam 8 hingga 10 kilometer. Bila sampai dalam pukul 2.30 petang, alangkah gembiranya di hati ini, orang ramai telah berkurangan dan kami terus masuk ke dalam dewan dan pergi ke Saluran 6. Terasa janggal betul apabila jari telunjuk dicalitkan dakwat kekal berwarna biru. Selepas mengundi untuk Parlimen Gelang Patah dan DUN Nusajaya, tanggungjawab kami kepada negara Malaysia telah selesai. Syukur, alhamdulillah. Sempat juga bergambar sekejap di luar dewan sebelum pulang..




Kami segera balik, takut Sofea marah kalau tinggalkan dia lama-lama di rumah neneknya. Selepas ini, hanya perlu tunggu keputusan penuh pilihanraya umum ke 13 (PRU13) 2013 pada malam ini. Tetap sabar menanti...

pada pilihanraya sebelum ini, lokasi mengundi kami di sekolah tetapi tidaklah ramai sangat pada masa itu...
Published with Blogger-droid v2.0.10

39 comments:

  1. Alhamdulillah :) Moga undi akak diredhai Allah ^_^

    ReplyDelete
  2. selesai sudah :) alhamdulillah.. Hana kena tunggu PRU14 baru boleh ^^ hehe

    ReplyDelete
  3. hahha.... :D satu undi itu amat bernilai :) saya un pru14 baru leh... hahahah xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp betul tu aisya... satu undi juga boleh menentukan segalanya...

      Delete
  4. Mia mengundi di tpt kerusi panas ni - Gelang Patah. PP mengundi di DUN Pkn Rinting & P Pulai at Sek T Sutera....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang panas PP.. hebat sangat kempen di kawasan Mia...

      Delete
  5. tahniah kak.. masih kekalkah dakwat kekal itu??hehe.. saje tanye., sbb my mom punye dah tanggal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear.. lagi 5% je tinggal lagi ni... jenuh tenyeh dengan sabun.

      Delete
  6. Replies
    1. yuppp berdebar2 tadi.. ni result pun dah kuar..

      Delete
  7. seronok mengundi?? saya tak ckup umur lgi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok jugalah khairil... sebab boleh menyumbang undi kepada negara..

      Delete
  8. seronok tengok suasana yang meriah....=D

    ReplyDelete
  9. saya pun mengundi petang.....orang dah tak ramai lagi...tapi hari nak hujan...

    ReplyDelete
  10. wah panassssss tu.saya tak berpeluang undi utk johor sbb dh tggl kt sepanghuhu.berdebar jugak tgu result :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang panas kat sini... hebat sangat berkempen...

      Delete
  11. ooh gelang patah....tahniah kpd lim kit siang sebab menang kerusi parlimen....

    ReplyDelete
  12. Kita yang dah ngundi ni harap yg menang tu tunaikanlah tangunggjawab mereka

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. tq nor... tapi ada juga yang tidak keluar mengundi... huhuh

      Delete
  14. Tahniah Mia kerana dah menjalankan tanggungjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak salmi.. tetap bangga walaupun hanya menyumbangkan 1 undi..

      Delete
  15. sudah selesai satu tanggungjawab sebagai seorang rakyat :), yang lain kita berserah kepada pemimpin

    ReplyDelete
  16. Eraz bawa isteri dlu mengundi, then baru drive blk kg Eraz pulak.. rasa mcm hari raya plk..

    ReplyDelete
  17. MV pergi mengundi awal pagi lagi kak..mmg ramai yang berbaris

    ReplyDelete
  18. Inai ink pun dah hilang dah mia hehe....

    ReplyDelete