Kasihnya Ibu.. Kasihnya Ayah..


Semasa membelek gambar-gambar lama, tiba-tiba terasa ingin berkongsi gambar di atas ini semasa Mia baru sahaja lepas berpantang melahirkan Sofea. Pada masa itu sedang menyambut hari raya pada tahun 2009. Sayangnya kat Sofea... penyeri kehidupan Mia dan Suami Mia. Benarlah kata orang, kita akan tidak dapat membayangkan bagaimana kasihnya seorang ayah dan ibu, sehinggalah kita mempunyai anak sendiri.

Jom kita dengar lagu dendangan Sharifah Aini.... Selamat Hari Ibu semua...


Lirik Lagu Kasihnya Ibu - Sharifah Aini

Kasihnya ibu 
Membawa ke syurga 
Kasihnya saudara 
Masa berada

Berkorban nyawa 
Tanda kasihnya

Berkorban raga 
Rela binasa 

Kasihnya ayah 
Sanggupkah berpisah 
Dan kasih anaknya 
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa 
Akan tersiksa 
Ikhlas dan rela 
Asal kau bahagia

tersentuh jiwa bila mendengar lagu ini...

Post a Comment

40 Comments

  1. tak boleh dengar lagu ni sekarang, takut meleleh airmata pagi2 ni, hehe.. apapun Selamat Hari Ibu buat Kak Mia.. semoga jadi wanita yang tabah dan cekal dalam membesarkan Sofea.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la iha... touching betul bila dengar lagu ni...

      Delete
  2. selamat hari ibu kak mia :) kasih sayang ibu bapa itu kita perlukan

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Ibu, Mia..
    Besarnya pengorbanan dan kasih sayang ibu tiada sesiapa dapat menyangkalnya.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia...selamat hari ibu yer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... selamat hari ibu juga..

      Delete
  5. selamat hari ibu..smoga jadi ibu mithali tuk k.mia!!

    ReplyDelete
  6. sayu ahti rasanya......
    salamat hari ibu kpd kak mia.

    ReplyDelete
  7. selamat hari ibu kepada semua ibu2 di dunia...

    ReplyDelete
  8. sempat 'lepak' dengan ibu semalam.. ;)

    ReplyDelete
  9. tanpa ibu dan ayah siapalah kita, dan ibu bapa tanpa anak, siapalah yang bakal menyeri hidup mereka, acewah hehehe

    ReplyDelete
  10. pejam celik pejam celik dah 3tahun 9bulan dah kan buah hati kak mia.. moga sofea membesar menjadi anak yang berbakti kpd org tuanya nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la baby.... dah pandai tolong2 buat kerja kat rumah ni..

      Delete