image Berjaya Berhenti Pakai Pampers - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Friday, 17 May 2013

# Family Matters

Berjaya Berhenti Pakai Pampers

Dengan rasminya pada bulan Mei 2013 ini... Sofea sudah tidak lagi menggunakan pampers ketika tidur malam. Sudah berjaya berhenti sepenuhnya dari pakai pampers. Alhamdulillah, sekarang ini sudah tidak kencing malam lagi. Hmm... pampers drypers Sofea saiz XXL ni pula tidak habis guna. Ada lagi separuh.. Sofea pula memang dah tak nak pakai, sebab dia dah besar katanya. Sebelum tidur, akan hantar Sofea ke bilik air dahulu. Bangun pagi pula akan cepat-cepat bawa dia ke bilik air.

Bulan Mac dan April 2013 yang lepas, ialah sesi latihan mengajar Sofea untuk tidak pakai pampers ketika tidur malam. Siap alas dengan plastik lagi. Lama-kelamaan, Sofea sudah berjaya tidak kencing malam. Mood suka..

Pagi tadi Mia bawa baki pampers Sofea ke pejabat dan berikan pada rakan sepejabat yang kebetulan anaknya pakai jenis dan saiz pampers yang sama. Dekat seminggu jugalah baru jumpa. Tanya sana tanya sini...




Takkan lah nak jual pula. Tak elok kan... Serba salah juga rakan Mia itu. Tapi Mia kata, dah rezeki anak dia... Ambil sahajalah...

Sayang kat Sofea...

posted from Bloggeroid

46 comments:

  1. Assalamualaikum. bestnya. dak kecik tak pakai pampers! ehehehhehe. nice dak kecik :)

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnya anak dah diaperless...

    ReplyDelete
  3. Yelah kak..
    Dari membuang baik bagi orang...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, dah berjaya Sofea :D hee

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...sofea dah pandai.....save sikit belanja.....

    ReplyDelete
  6. betul tu kak mia.. baik sedekahkan je pada orang lain dari dibiarkan membazir..

    ReplyDelete
  7. Dua bulan juga ya kak mia ajar.. :)

    Niatkan sedekah je kan kak.

    ReplyDelete
  8. sofea makin tau nak jimat duit mak die :)

    ReplyDelete
  9. wah.. dah pandai sofia.. senang mak dia.. jimat duit sikit..
    anyway , ada tips untuk latih pada siang hari tak ? :)

    Nurrul tengah cari untuk anak buah yang dah nak masuk 3 tahun nie tapi tak pandai lagi ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. yang siang lagi senang. sebab selalunya tidur tidak lah lama sangat cuma beberapa jam.

      bila dah 3 tahun ni, budak kan kuat makan. jadi bila makan nasi boleh kenyang sampai petang. semasa nak tidur dalam 3-4 petang tu, hantar ke bilik air dulu dan kemudian berikan susu separuh dalam botol. mula-mula alas dengan plastik. bila dah pandai, tak perlu lagi letak plastik.

      bangun tidur, terus cepat2 hantar ke bilik air. selalunya selepas itu sofea akan makan hidangan petang yang ringan macam lempeng, roti, cekodok..

      Delete
  10. bgusla kak..hihi jimat blnja..mahal skg pampers kan..huhu

    akak join join contest sha
    http://www.opzzpinky.my/2013/05/contest-headerku-owsem-by-sharina.html

    tima kasih :)

    ReplyDelete
  11. yaehhuuu ! tumpang seronok tgk kemajuan sofea :)

    ReplyDelete
  12. Tahniah buat Sofea. Nak ajar anak tinggalkan lampin macam ni kena banyak sabar. Betul tak Mia??

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak salmi... kalau tak berterusan, berhenti sekerat jalan. nanti kena mulakan balik semula..

      Delete
  13. Alhmdulillah... Sy pun dlm.proses nk training faiqah...

    ReplyDelete
  14. lepas ni mama sofea boleh la share tips supaya anak berhenti pakai pampers..ramai bakal ibu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. ramai yang minta ni... belum berkesempatan lagi..

      Delete
  15. Walaupun jenama yang digunakan adalah Drypers tapi kita masih gunakan perkataan Pampers. Memang kuat penangan brand Pampers ni. Macam Tupperware la jugak, walaupun guna jenama Apple Lady tapi orang masih panggil bekas letak makanan tu Tupperware. Hehehehe.. saja nak nyakat. Anyway.. tahniah untuk Sofea sebab sudah berjaya dalam usaha berhenti pakai diapers waktu malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.... memang dah melekat dengan nama pampers.... takpe...sekali2 sakat mia.... thanks ya amir..

      Delete
  16. Tahniah Sofea, kak iha je belum lg (pengakuan ekslusif hihi)..

    ReplyDelete