image Selamat Hari Guru - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Thursday, 16 May 2013

# Community

Selamat Hari Guru


Hari ini 16 Mei 2013. Hari untuk kita meraikan semua yang bergelar guru. Jasa dan pengorbanan guru amat bersar dan tidak ternilai. Bukan senang untuk mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berguna dan berwibawa di masa depan.

Tema Hari Guru tahun 2013 ini ialah GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

Selamat Hari Guru...




Guru oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

Usman Awang, Sasterawan Negara, 1979

terima kasih untuk segalanya....

58 comments:

  1. Selamat hari guru untuk semua guru2 seMalaysia..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia! Jasamu kan ku kenang selalu.. =)

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Guru kepada yg bergelar cikgu dan cikgi semuaaa :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Mia.
    Selamat hari guru buat semua guru, juga yg pernah bergelar guru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ya kak salmi.. tentu dapat banyak hadiah hari ini kan...

      Delete
  5. Selamat hari guru kepada semua guru2 di malaysia.. jasa kalian dikenang.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. jasa yang tetap tersemat di hati... tq ya aiza..

      Delete
  6. selamat hari guru terutama kepada guru di SMK PUCHONG PERDANA :)

    ReplyDelete
  7. selamat hari guru kepada semua guru2 di malaysia nie..Jasa mu dikenang...sedih tak dapat update ape2 hari nie..Line kat opis nie buat hal...adeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai kesiannya... takpe nanti boleh update blog bila line dah ok... sabar ya..

      Delete
  8. selamat hari guru..
    dah lama xmelawat skolah lama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah akhil... kak mia pun dah lama juga tak jejakkan kaki ke sekolah lama...

      Delete
  9. Selamat guru kak mia... Guru sy dlm dunia blog...

    ReplyDelete
  10. Ikhlas buat guru2...Jasamu mendidik anak bangsa menjadi insan cemerlang utk agama, bangsa dan negara terlalu besar... Hanya doa dan ucapan terima kasih yg mampu ku berikan...
    Selamat hari guru buat semua insan bergelar guru/pendidik :)

    ReplyDelete
  11. selamat hari guru juga buat kakmia yg jadi guru deno dlm dunia blogging :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersangatlah terharu kak mia ni.. thanks ya deno...

      Delete
  12. selamat hari guru kpd semua guru2 di malaysia.... :)

    ReplyDelete
  13. Mia Guru ke? Guru blogger yeh hehe...Selamat Hari Guru

    ReplyDelete
  14. Jasa guru pada kita tiada tandingannya.. entah kita dapat balas jasa ataupun tidak pada guru2 kita terdahulu.. masih tak terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Guru..

    ReplyDelete