Petang tadi, beli baju raya untuk Mia dan Sofea kat Giant U Mall. Sejak beberapa hari yang lepas, Mia dah berkenan sebab boleh satu set yang sama dengan Sofea.

Pecah rekod pertama kalinya raya tahun ini tak pergi tempah baju raya. Beli baju yang dah siap. Banyak kali test baju kurung yang berbeza saiz. Takut ketat dan tidak muat.

Baju Mia harganya RM 180 manakala Sofea punya RM 80. Itupun selepas dah tawar harga. Bagi Mia agak mahal harganya sebab tidak pernah beli sebelum ini. Banyak baju kurung di kedai lain tapi tidak ada yang satu set dengan anak. Hanya kedai ini sahaja yang ada. Nampaknya tahun ini sahajalah. Tahun depan kena beli kain dan tempah baju raya.






Tema warna baju raya tahun ini ialah coklat cair. Nampak lembut dan sejuk mata memandang. Paling suka dengan design kerawang. Nampak elegan. Pilihan jenis baju kurung pahang. Yang penting rasa selesa bila dipakai.

esok atau lusa baru beli baju melayu Suami Mia pula...

posted from Bloggeroid