Ada kisah sebenarnya di sebalik tabir Giveaway 10K Followers Mialiana.com yang akan berlangsung esok, 7 Julai 2013.

Mia ingin memperkenalkan blogger Dennis yang sudi sponsor hadiah bernilai RM400 melalui blog Kerinchi.com dan MyKeledek.com. Terharu sungguh dan rasa bersyukur mendapat rakan blogger yang sudi support Giveaway ini. Tidak ketinggalan juga, blogger Alycia yang juga turut sponsor hadiah bernilai RM180 melalui blog MyAlycia. Bertambah terharulah Mia dengan sokongan yang diberikan bagi menjayakan Giveaway ini. Ribuan terima kasih diucapkan.

Kisahnya bermula apabila selalu sangat pergi siri kursus dalam Transfer of Knowledge Program dari bulan Mei sehinggalah awal bulan Julai 2013. Mia memang update aktiviti kursus Mia di dalam blog sebagai kenangan di kemudian hari. Setiap minggu semakin rapat hubungan kami sehinggalah tercetus idea daripada Dennis untuk sponsor Giveaway Mia apabila blog telah mencecah 10 ribu followers. Sungguh tidak disangka.

Perkara pertama sekali yang Mia fikirkan ialah, boleh ke tidak nak buat Giveaway ini sebab selama ini Mia belum pernah buat Giveaway secara besar-besaran dan melibatkan ramai sponsor. Di atas sokongan mereka berdua, Mia pun mulalah rancang untuk buat Giveaway dan mendapatkan beberapa sponsor lain melalui pencarian di facebook personal dan fanpage Mia. Alhamdulillah, sambutan begitu menggalakkan dan Mia rasa syukur sangat dapat rakan-rakan blogger yang bermurah hati untuk menaja hadiah dan memeriahkan Giveaway Mia ini.

Seramai 15 orang blogger yang sudi sponsor Giveaway ini :-

Kerinchi
MyKeledek
Alycia
Aida Hanafiah
Amir Rofie
Chekgu Skolah
Anastasyea
Sha Dhira
Rafina Mimi
Paly
Dayang Deno
Cikgu Kaca Mata
Ieta
Deq'Nyss
Keyme Keymo
Nur Dzafirah

Terima kasih kepada para sponsor yang sudi menaja Giveaway 10K Followers. Senarai hadiah yang ditaja ada dalam entri SINI. Seramai 33 orang pemenang bakal dicari dan siapa tahu.. untung sabut timbul, untung batu tenggelam...

Ada hadiah misteri dalam Giveaway ini, di mana cara pemilihannya akan dimaklumkan dalam entri pengumuman pemenang nanti. Hanya 4 orang blogger sahaja akan dipilih secara misteri. Tentu teruja, bukan?

Good luck and all the best untuk semua bakal peserta nanti..

berdebar-debar rasa di hati ini....