Selama ini apabila ingin membuat kira-kira, kalkulator ada depan mata. Kat handphone memang ada kalkulator. Bayangkan kalau kita kira tanpa menggunakan kalkulator? Lebih-lebih lagi apabila mengira 4- 5 digit nombor. Tentu lambat, bukan? Kena kira dua tiga kali untuk semak jawapan sama ada betul ataupun tidak.




Hari ini Mia terasa betul-betul pentingnya kalkulator. Bayangkan menjawab soalan matematik untuk Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 tadi, tanpa menggunakan kalkulator. Jenuh juga kira selaju mungkin dengan anggaran satu soalan tidak sampai satu minit harus siap... Habis semua jari diguna... Ala-ala speedy gonzales. Nak fikir pun tak sempat.

Syukur, kalkulator dah ada di zaman sekarang...

baru perasan... setiap hari kita ada mengira...

posted from Bloggeroid