Hari ini, Mia tergerak hati nak buat semakan status permohonan untuk Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.


Punyalah susah hati bila dapat tahu ada panggilan untuk menghadiri Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 pada 27 Julai 2013 di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru.


klik pada gambar untuk besarkan

Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
Seksyen A - Pengetahuan Am
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C - Esei Bahasa Inggeris
Penaksiran Personaliti

Aduhai... periksa lagi. Susahnya nak mohon kenaikan pangkat melalui SPA. Kena lalui juga dengan tabah demi peningkatan kerjaya yang sesuai dengan taraf pendidikan Mia.

Perlu buat persediaan untuk menghadapi peperiksaan ini. Dah lama sangat kerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 sejak tahun 2003. Kali ini harus kuatkan semangat. Usaha lebih gigih.