Hari ini Mia pergi kerja macam biasa. Tapi masa balik petang tadi secara tiba-tiba satu tragedi telah berlaku.

Lagi beberapa langkah dah nak sampai ke kereta, kaki kanan Mia secara tidak sengaja telah terpelecok. Siap ada bunyi krukkkk. Adui, sakit betul terus menyebut Allahuakbar banyak kali. Nasib baik Mia dapat imbangkan diri supaya tidak terjatuh ke dalam longkang dan berdiri seketika dengan kaki kiri. Air mata hampir mengalir.

Bila dah reda terus melangkah perlahan masuk ke dalam kereta. Nasib baik kereta Mia guna gear automatik. Mia terus pergi ke Klinik Penawar terdekat untuk dapatkan rawatan segera.

Sempat ambil gambar selepas keluar dari klinik...






Doktor cepat-cepat buat bandage di kaki dan berikan ubat tahan sakit, bengkak dan urat. Doktor suruh berehat dan bagi MC untuk esok.

Suami Mia risau betul bila tengok keadaan Mia. Terharunya. Harap sangat cepat-cepat sembuh.

Sambungan pada entri Urut Kaki.

ankle sprain..

posted from Bloggeroid