image Waze Social GPS Maps and Traffic - Mia Liana

Tuesday, 23 July 2013

# Entertainment Matters

Waze Social GPS Maps and Traffic


Siapa kat sini pernah sesat? Bagi pengguna android, sama ada tablet ataupun handphone boleh cuba download aplikasi Waze Social GPS Maps and Traffic. Mia pun baru sahaja menggunakannya dan ternyata amat membantu di kala tersesat jalan. Entri ini sekadar perkongsian dan review daripada Mia.

Agak-agak kalau tersesat kat Putrajaya, nak tanya orang kat tepi jalan pun tiada. Yang ada cuma bangunan, pokok dan jalan raya. Bayangkan banyak betul highway kat situ. Boleh tersalah pilih dan bila perasan dah semakin jauh. Memang risau sebab perlu cari jalan untuk berpatah balik. Sebenarnya, Mia pernah tersesat di Putrajaya tempohari masa nak pergi mesyuarat. Selama ini selalu pergi menggunakan kenderaan pejabat, tetapi apabila pergi dengan kenderaan sendiri, rasanya macam ingat-ingat lupa terus tersesat habis. Nasib baiklah ada handphone Samsung Galaxy S Advance ni, terus apalagi Mia gunakan aplikasi Waze dan akhirnya sampai ke tempat yang dituju.

Kadang-kadang kita tidak tahu, benda-benda macam ni penting di kala waktu yang tidak terduga.



Setelah banyak kali guna aplikasi Waze ini, memang best... Cubalah install ya...

serik... tidak mahu sesat lagi....

45 comments:

  1. mmg terbaik kak.. sy dah berapa bulan jugak guna.. lagi2 kalau kt KL.. payah kalau sesat. huhu. lepas tu boleh tukar mood yang comel2. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu payah juga kalau sesat kat KL tu... jenuh lah mencari jalan..

      Delete
  2. Waze memang best... tapi bateri cepat habis...kalau tak dek 3G coverage kadang2 routingnya tak betul juga...

    ReplyDelete
  3. belum pernah guna lagi now guna maps di blackberry....sebab pernah sesat guna highway Mexx, buka maps baru tahu itu highway Mexx...huhu

    ReplyDelete
  4. papago pn best gak tp kalo nak install, rumit skit..

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum...mialiana,

    Dalam dunia serba maju nie... gajet2 dan software utk adroid mmg terasa macam keperluan kalau x der rasa macam ketinggalan pulak..hehhee.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. mselim..

      haah kan.. banyak sangat aplikasi macam ni. tinggal guna je.. terima kasih ya.

      Delete
  6. fiza pernah pakai.. bagus tp uninstall balik..ader jugak baik buruknye...

    ReplyDelete
  7. sllu guna papago je kak mia...tp mcm bgus nie....

    ReplyDelete
  8. Wahh nice sharing , boleh juga cuba aplikasi ini.

    ReplyDelete
  9. Mia hp saya tak canggih...kena upgrade dulu...hehheee...

    ReplyDelete
  10. Dah lma download n guna.. best.. Blh tgk rkn yg online dok kt mana.. Hehe

    ReplyDelete
  11. Bermacam-macam kemudahan tersedia untuk kita.. Nanti bolehlah cuba..

    ReplyDelete
  12. moga tak tersesat lg dah pasni ye kak

    ReplyDelete
  13. waaa.. macam menarik.. boleh try ni..

    ReplyDelete
  14. Selalu jugak guna ni nak cari jalan hehe

    ReplyDelete