Karnival Sukan OUM 2012 Wilayah Selatan

Karnival Sukan OUM 2012 Wilayah Selatan akan diadakan pada 17 dan 18 Februari 2012 (Jumaat dan Sabtu) di Pusat Pembelajaran Johor anjuran bersama Pusat Pengurusan Pelajar (CSM) dengan Pusat Pembelajaran Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Objektif Program :
  1. Memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar
  2. Membina suasana pembelajaran yang sihat dengan tubuh badan yang cergas
  3. Menjadi ruang mencungkil bakat dan potensi pelajar
  4. Mewujudkan jalinan setiakawan dan silaturrahim antara pelajar dan staf universiti


Jenis sukan yang dipertandingkan ialah :

Futsal (Lelaki/Wanita)
8 ahli dalam satu pasukan dengan yuran penyertaan sebanyak RM 50 / pasukan

Bola Jaring (Wanita)
7 ahli dalam satu pasukan dengan yuran penyertaan sebanyak RM 50 / pasukan

Bowling
4 ahli dalam satu pasukan dengan yuran penyertaan sebanyak RM 50 / pasukan

Dart
4 ahli dalam satu pasukan dengan yuran penyertaan sebanyak RM 20 / pasukan

Karom
4 ahli dalam satu pasukan dengan yuran penyertaan sebanyak RM 20 / pasukan

Ping Pong
4 ahli dalam satu pasukan dengan yuran penyertaan sebanyak RM 20 / pasukan

klik pada gambar untuk besarkan

Untuk borang penyertaan sila hubungi,
  1. Pentadbir PP Johor
  2. Pentadbir PP Melaka
  3. Pentadbir PP Negeri Sembilan
Tarikh tutup penyertaan dan bayaran ialah pada 3 Februari 2012. Jom ramai-ramai meriahkan Karnival Sukan OUM 2012 Wilayah Selatan.

p/s: Mia macam berminat nak masuk pasukan bola jaring. Dah lama betul tak main. Dulu masa sekolah Mia jadi GA...

Post a Comment

8 Comments