Minggu depan Mia ada Kursus Hypertext Markup Language (HTML) selepas Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU13). Nampaknya turun Kuala Lumpur dan menginap semalam di sana.

Kursus ini adalah sebagai pra-syarat sebelum menghadiri Kursus Liferay Portal Administration yang dibatalkan tempohari dan Kursus Liferay System Administration yang akan datang. Rupanya sebab kena belajar terlebih dahulu 5 latihan tambahan yang asas iaitu HTML, CSS, Java, Adobe Photoshop dan Dreamweaver. 

Sukanya nak belajar 5 latihan tambahan ini. Walaupun Mia dah tahu serba sedikit tetapi bila ada yang mengajar akan rasa lagi bertambahlah ilmu pengetahuan di dada di samping dapat sijil nanti.





Kali ini Mia pergi bertiga dengan Bos Mia dan Lela. 1 hari sahaja berkursus.

seronoknya nak belajar...
Published with Blogger-droid v2.0.6