Wahhh... inilah penangan hebat selepas menjenguk entri Mak Dara semalam. Betul-betul Mia tergoda.

Kalau Mak dara punya made in Kuala Lumpur. Mia punya made in Johor.

Makan di restoren Bumbu Kampung berdekatan pejabat Mia. Harganya RM 5.50. Sedap... Nasi ambang makanan tradisi keturunan Jawa. Nasi putih dengan pelbagai lauk. Yang Mia makan ni ada ayam masak kicap, ikan kering, mee goreng, sambal belacan, daging masak rendang, serunding, begedil dan tempe + sayur kacang panjang goreng sambal.



Alhamdulillah.. Kenyang. Istimewanya, nasi ambang ini dibungkus dengan daun pisang.

Jom kita tengok apa yang Mia komen kat entri Mak Dara tu...


Really love it... Missing you so much...

kuatnya pengaruh blog...

posted from Bloggeroid