image Sentiasalah Bersangka Baik Pada Allah - Mia Liana

Monday, 15 July 2013

# Tazkirah

Sentiasalah Bersangka Baik Pada Allah

Hidup ini penuh dengan pancaroba. Dari kecil sehingga besar, memang ada dugaannya. Baik yang kecil mahupun yang besar. Namun begitu kita tidak harus berputus asa dan sentiasalah berdoa. Harus tempuhinya dengan tabah. Usah merungut dan mempertikaikannya. Kerana itu adalah pelengkap dalam hidup kita. Bersangka baiklah pada Allah. Ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Berdoa dan terus berdoa agar apa yang dihajatkan akan termakbul dan semoga dipermudahkan segala urusan kita di muka bumi ini.

Di sini Mia kongsikan, kata-kata menarik yang Mia jumpa di facebook...


Bila Allah cepat makbulkan doamu,
Maka Dia menyayangimu.

Bila Dia lambat makbulkan doamu,
Maka Dia ingin mengujimu.

Bila Dia tidak makbulkan doamu,
Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah
Dalam apa jua keadaan pun..

Kerana
Kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya..

sumber : SINI

mood syukur....

28 comments:

  1. Tak rugi berbaik sangka selalu dengan Allah... :)

    ReplyDelete
  2. DIA mencipta kita..DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..yang pasti..usaha doa dan tawakkal itu harus sentiasa berterusan :)

    ReplyDelete
  3. bersangka baik ni memang dituntut oleh Islam dan harus redha atas segala yg terjadi :)

    ReplyDelete
  4. Insya Allah sebagai hamba-Nya sentiasa reda ketentuan-Nya

    ReplyDelete
  5. betul, bersangka baiklah,, ada benda lain yg lebih baik Allah nak kasi walaupun kita ditimpa musibah pada awalnya...

    ReplyDelete
  6. kata hikmah yang sangat bermakna..yang sedikit sebanyak memberi kesedaran kat saya...apa2pun kena redha dengan suratan yang telah ditentukanNya..

    ReplyDelete
  7. jangan sesekali merungut sebaliknya bersyukur padanya..

    ReplyDelete
  8. Betul apa yg kak mia sampaikan tu.. :D Dia maha mengetahui.. Dia maha bijaksana..

    ReplyDelete
  9. Hamba yang soleh sentiasa bersangka baik dengan ALLAH.

    ReplyDelete
  10. betul tu kak, hanya DIA pemberi rezeki..bersyukurlah =)

    ReplyDelete
  11. Allah sentiasa menguji hambaNYA. jadi hadapi ujian itu dengan tabah dan senyuman. pasti akan dipermudahkanNYA :)

    ReplyDelete
  12. Moga kita sentiasa redho dengan ujian Allah dan bersyukur dengan nikmatNya

    ReplyDelete
  13. betul tu, gd sharing !

    ReplyDelete
  14. sentiasa bersangka baik dengan Allah :)

    ReplyDelete
  15. terima kasih kerana mengingatkan aiza..

    ReplyDelete
  16. Sesungguhnya, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

    ReplyDelete