Tiba-tiba ada event kat facebook ajak join gathering ni pada hari raya Cina yang pertama dari pukul 2.30 petang sehingga 6.30 petang. Mula-mulanya nak buat kat rumah Zelda tetapi memandangkan Zelda kurang sihat... ehem.. ehem... makanya Rozila la pula take over.

Hmmm.. lamanya tak jumpa rakan-rakan sekolah menengah. Masing-masing membawa haluan sendiri selepas tingkatan 3 di TIGS. Kami semua dalam program Rancangan Khas dari tingkatan 1 sehinggalah tingkatan 3 di TIGS, Batu Pahat batch 1991-1993.

Bila lagi nak jumpa kat Batu Pahat kalau bukan musim perayaan. Mia pergi gathering ni seorang, tak bawa Sofea. Rasanya macam ramai yang nak hadir. Tapi mungkin ada aral yang melintang, hanya kami sahaja yang hadir.

Borak-borak sakan sampai kecoh dibuatnya. Lepas tu, seperti biasa dimulakan dengan jamuan petang. Ada yang bawa makanan. Mia datang lenggang kangkung sahaja.

Acara kemuncaknya.... jom kita make up dan touch up dengan Mary Kay. Rozila buat part time jual Mary Kay. Seronok jugalah. Conteng-conteng muka. Really have fun!











p/s: teringin juga nak jumpa kawan-kawan yang lain...