Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir - Lagi Sehari


Dalam kesibukan perlu juga luangkan masa, untuk aktiviti-aktiviti lain. Mia pun tidak ketinggalan untuk menghadirkan diri pada hari esok untuk event Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir. Malam ini Mia dengan Kak Aida akan bertolak ke Kuala Lumpur. Nasib baik Kak Aida tolong temankan. Syukur sangat.

Mia rasa sayang betul nak lepaskan peluang ini. Cuma bawa badan sahaja untuk join event ini. Tertanya-tanya juga siapakah blogger-blogger lain yang hadir? Ada juga belia-belia lain yang hadir. Sasaran 1000 belia semuanya. Tiba-tiba rasa seganlah. Kalau nanti terserempak dengan Mia, janganlah malu, tegur-tegurlah Mia ya. Takde lah kekok nanti. Salam ukhwah untuk kenalan baru...

Mia tidak menerima sebarang emel ataupun panggilan telefon daripada Vyrec sehingga kini. Tapi Mia dah tanya Khaireel, presiden Information Technology Youth Movement (ITYM). Dia kata asalkan dah isi form boleh terus datang.

Jumpa di PWTC ya nanti.....

p/s: bercuti sekejap daripada belajar buat sementara waktu...

Post a Comment

3 Comments