image Azam Pertama Tahun 2012 Dah Tercapai... - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Friday, 10 February 2012

# From Me # Tips

Azam Pertama Tahun 2012 Dah Tercapai...


Syukurnya.... suka sangat-sangat azam pertama tahun 2012 telah menjadi kenyataan. Hajat untuk memakai semula baju-baju lama telah pun tercapai.

Kisahnya bermula pada tahun lepas bulan Oktober, bila Mia cuba mengemas kembali pakaian-pakaian kerja (baju kurung, kebaya dan kurung pahang) masa Mia masih anak dara dulu. Terfikir di hati nak beri pada siapa.... Tiba-tiba Suami Mia kata sayangnya baju-baju tu, tak perlulah di beri pada orang lain. Simpanlah dulu mana tahu esok lusa tiba-tiba jadi kurus. 

Alamak! Kata-kata pembakar semangat ni. Bila suami sudah bersuara, takkan lah tak faham-faham. Mia pun tanamkan azam, tahun depan mesti boleh pakai baju-baju ni. 

Bermula bulan November, Mia telah mula jaga pemakanan Mia dengan tidak makan daging dan apa jua jenis makanan yang berasaskan kelapa seperti santan dan air kelapa. Kari dan nasi lemak sudah tidak boleh makan lagi. Tapi kalau teringin cuma rasa sikit-sikit aja..

Keduanya, Mia pergi urut badan dengan bidan dan buat steamed bath di Thyme Spa secara konsisten.

Ketiganya, Mia ni memang tiada masa nak exercise. Balik kerja sahaja dah sibuk uruskan rumahtangga, malam pula belajar. Jadi Mia membuat rawatan terapi elektrik produk eLife selama 50 minit sehari seolah-olah berjogging di taman selama 50 minit. eLife menghasilkan ion-ion negatif yang baik untuk memperbaiki tahap kesihatan.

Keempatnya, Mia mengambil produk health supplement bagi mengekalkan kesihatan Mia. Kalau sakit, tentu tidak boleh kerja dan belajar. 

p/s: hari ini pergi kerja pakai baju kurung tahun 2004 punya.... suka....

17 comments:

  1. tahniah..usaha telah membuahkan hasil :)

    ReplyDelete
  2. ahahah..congrats akak...
    berjaya mcapai azam..
    btw,keep in touch..he3

    ReplyDelete
  3. Congrats yer...doakn sy pulak nk berisi sikit..

    ReplyDelete
  4. hebat...js jugak makin lama besar plak size...hehe

    ReplyDelete
  5. tahniah kak, mesti rasa seronok kan bila azam kita dapat dipenuhi, pakai baju kurung lama tu...

    ReplyDelete
  6. pke.. siswi jeles dgn akak.. =,="

    nak jdik cm kak mia..hihi.. congrates..

    ReplyDelete
  7. fewitttttttt....anak dara manalah yg berlenggang lenggok tu..opsss......mak dara rupa2nyer...mia liana????wow!!!!!!
    kelassss ko jah!!!

    p/s mesti cik mail tersenyum sipul jer nih kan..huhu

    ReplyDelete
  8. tahniah mia... kpah kalau boleh pakai baju2 yg lama balik... mesti abg tak bg pergi kerja... jelez... keh..keh..keh..

    ReplyDelete
  9. wahhhh, tahniah kak mia. Bestnye jadi kak mia. atien ni bilalah boleh jadi kurus macam kak mia. hehe

    ReplyDelete
  10. congrats kak mia...mrs kepoh x tau la bleh trun ke x berat badan nnt lps bersalin...dri bujang smpi dah kahwin berat still same...x nek sgt x turun sgt...

    ReplyDelete
  11. MIa kena tayang gambar terbaru ni.. & compare dgn gamabr sebelum NOv 2011... boleh jd pembakar semangat kawan2 yg nak kuruskan badan.. ;)

    ReplyDelete
  12. wah..hebatnye kak mia~!!!
    xamik mkanan yg brasaskn santan?
    alamak, sy nie dh la p'gemar nas lemak, huhu.. T_T

    ReplyDelete