Ayam Goreng


Ayam goreng adalah menu makanan kegemaran Suami Mia. Nak goreng ayam pun paling senang dan ringkas. Di kala kesibukan melanda, bagi isteri yang bekerja. Balik rumah sahaja tentu sibuk nak masak. Selalu terfikir, hari ni nak masak apa... esok nak masak apa... semalam dah masak apa...

Tengok-tengok kat peti sejuk ada ayam. Hmmm... goreng ajalah. Bubuh serbuk kunyit dan garam kemudian gaulkan. Mia perapkan seketika. Akhir sekali goreng ayam tersebut. Selalunya kalau goreng ayam bahagian peha kena hati-hati, takut bahagian dalam tak masak. Jadi, Mia akan tutup dengan penutup kuali agar lebih cepat empuk dan masak.

Bila dah siap, terus angkat dan toskan minyak. Sediakan di atas meja makan. Ternyata sedap dimakan begitu sahaja atau dengan sos cili. Berselera juga jika makan dengan nasi panas dengan kicap... Jemput makan ya....

p/s: kalau dah tak sempat nak masak, beli sahaja ayam KFC... dibungkus bawa balik ke rumah...

Post a Comment

20 Comments

  1. Ayam KFC lagi sedap dari ayam goreng..hehe~ :)

    ReplyDelete
  2. ayam goreng berempah bumbuuu lagi sedapp tau

    ReplyDelete
  3. ayam goreng kunyit lagi mengancam daripada ayam KFC.

    ReplyDelete
  4. betol..paling senang dan sedap..cicah sambal belacanpun terangkat!

    ReplyDelete
  5. kalau ayam goreng ni memang peberet saya juga lah mia.. :)

    ReplyDelete
  6. sedap... bahagian yg paling sedap di makan paha... nyam...nyam...

    ReplyDelete
  7. Kalau anak kakak panggil peha ayam goreng ini drumstik upin-ipin

    ReplyDelete
  8. simple je kan.. suami suka, kita pun tak payah susah2 nak masak.. hihih

    ReplyDelete
  9. hehe.. mcm upi ipin lak.. suke mkn ayam nie.. ^_^

    ReplyDelete
  10. ayam goreng mmg feveret, makan ngn nasi putih + smbl belacan + timun..

    ReplyDelete
  11. Salam, mia. Mmmm...ayam goreng memang sedap, kegemaran kak sekeluarga juga. Resepi mia ringkas tp sedap. Kadang2 kak goreng ayam dgn tepung goreng yg ada terjual kat kedai. Betul tu, klu dah suntuk sgt, bungkus sj kfc bw pulang, hehehe......

    ReplyDelete
  12. kat umah nie pun sama...ayam goreng memang feveret suami dan anak-anak...

    ReplyDelete
  13. wahhhh... terima kasih ya semua sudi kongsi pandangan tentang ayam goreng... semuanya suka ayam goreng, bleh dipelbagaikan dengan macam-macam. terbaeekkkk!

    ReplyDelete