klik pada gambar untuk besarkan

Blog Mia juga pun ada menerima komen-komen yang tidak sihat daripada Anonymous. Mia memang tidak approve komen-komen ini, ditakuti akan mengakibatkan pengunjung-pengunjung blog ini marah dan bengang dengan Anonymous sekaligus akan membawa kepada pertelingkahan di dalam ruangan komen blog ini.

Komen pada 1/17/2012
pembohong. gile trafik. blah la lu

Komen pada 29/1/2012
blog ini pasal personal jek... nak buat ape giveaway sticker? geli jek... tak sabar nak tengok orang gile tampal sticker ni

Komen pada 2/2/2012
kalau aku dapat sticker ni aku tros buang dlm tong sampah... geli siot

Komen pada 3/2/2012
orang gile je nak tampal sticker ni... geli siot

Mia cuma nak share apa yang dikomen oleh Anonymous sama ada orang yang sama atau orang yang berlainan, Mia pun tidak pasti. Yang penting Mia tidak pernah ganggu dan aibkan blogger lain. Blog ini tentang personal dan apa sahaja yang ingin Mia kongsikan bersama pengunjung sekalian. World peace...

Terima kasih juga diucapkan kepada Anonymous kerana telah sudi melawat blog ini walaupun tak suka pada Mia dan juga sudi tinggalkan komen di dalam entri-entri yang berkenaan. Mia nak minta maaf banyak-banyak sebab tidak dapat publishkan komen-komen tersebut atas sebab-sebab yang telah dinyatakan di atas.

p/s: sabar itu separuh daripada iman.....