image Perjumpaan Kedua Dengan Project Supervisor - Mia Liana

Monday, 6 February 2012

# Study Matters

Perjumpaan Kedua Dengan Project Supervisor


Sekarang ni, Mia dah mula sibuk menyiapkan Project. Bukan mudah, memang terasa berat betul. Mana nak cungkil masa membuat programming untuk Sistem yang Mia hendak bangunkan dan mana nak cari masa untuk menyiapkan dokumentasi juga. Sibuk macamana pun Mia tetap peruntukkan masa 2 jam setiap hari untuk ini. Assignment pula, Mia buat perlahan-perlahan dengan peruntukan 1 jam setiap hari. 

klik pada gambar untuk besarkan

Syukur alhamdulillah, nasib baik dapat Project Supervisor, Puan Hidayah yang begitu prihatin. Mia dapat pinjam report project student OUM yang lepas. Perjumpaan Mia yang kedua ini pada pagi Sabtu lepas dalam pukul 8.00 pagi. Sempat juga berbincang tentang penggunaan object-oriented approach, UML, Use Case Diagram dan penggunaan coding dalam sistem. Tengahari itu, Puan Hidayah akan ke Ho Chi Minh sampai 7 April 2012.

Kami berhubungan melalui facebook dan harap Mia dapat menyelesaikan tugasan Project ini dalam tempoh yang ditetapkan. Bukan senang nak dapat A. Walaupun Project Supervisor boleh memberikan  markah A, selepas dinilai oleh pihak OUM belum tentu lagi boleh dapat A.



Leganya dapat juga contoh Project student OUM yang lepas dan Project Puan Hidayah juga semasa dia ambil ijazah sarjana muda di UTM dulu.

2 comments:

  1. mama doakan mia dapat hasilkan yang terbaik...nanti leh kasik 1..buh kat libry skola mama..leh jadi rujukan para guru nk sambung study kan..

    ReplyDelete
  2. @tunz terima kasih mama... terima kasih sudi support dan bagi semangat kat Mia... lappp uuuuu...

    ReplyDelete