Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir - Bahagian 2

Dewan Tun Dr. Ismail semakin penuh. Ada juga yang duduk bersila. Sampai tidak cukup dan ada tambahan dewan satu lagi tetapi hanya ada skrin layar sahaja. Di dalam hati syukurnya datang awal.

Kedatangan Tun Dr. Mahathir disambut dengan meriah dan adalah yang paling kemuncak pada pagi semalam dan majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku. Tiba-tiba terasa bangganya menjadi rakyat Malaysia. Tokoh pemimpin yang berkaliber dan berwibawa ada di depan mata. Terujanya Mia. Seumur hidup Mia baru ini kali pertama dapat jumpa secara live dengan tokoh pemimpin yang paling disegani ini. Masih lagi mantap dan bertenaga walaupun dah mencecah 87 tahun.

Kemudian sesi bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Menteri Belia dan Sukan. Saat paling dinanti telah tiba apabila Tun Dr. Mahathir mula bersuara. Wahhhh! hebatnya. Membicarakan soal pemimpin. Suatu motivasi yang cukup bermakna.

Antaranya tentang pemimpin, karakter seorang pemimpin yang berkaliber, perlu bijak melaksanakan tanggungjawab dan memilih hala tuju ke arah yang lebih baik dengan tidak mengabaikan keperluan dan kehendak pengikut-pengikutnya. Sekiranya gagal berbuat demikian, pengikut-pengikutnya akan memberontak dan menjatuhkan pemimpin. Pemimpin perlu berpengetahuan tinggi dan menguasai pelbagai bidang sejajar dengan era di zaman moden ini.

Beliau juga turut meluahkan pendapat dan menerangkan mengapa perlu adanya kita pandang ke timur. Mengimbangi adaptasi dari Timur dan Barat yang bersesuaian dengan budaya kita. Beliau juga turut mengulas beberapa tohmahan terhadap isu pasukan kriket, lawatan pelajar sekolah dan kapal dagangan dari Israel ke Malaysia dan menerangkan kenapa kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel. Dan macam-macam lagi.... Memang terbaik!

Selepas selesai, sesi soalan dibuka untuk dijawab oleh Tun Dr. Mahathir. Ramai betul tanya. Semuanya dapat dijawab secara spontan oleh Tun Dr. Mahathir. Bro Framestone juga turut menanyakan soalan kepada beliau. Ramai lagi yang nak tanya. Tapi, mana yang sempat aja...

Majlis ini telah dibawakan secara live streaming oleh Vyrec. Ramai juga yang tonton dari luar.

Masa berlalu terlalu sekejap rasanya. Kemudian para hadirin semua dijemput ke dewan makan untuk santapan tengahari.

Jom kita tengok gambar-gambar semasa majlis.... zass....













p/s : sempat juga rakam suara Tun Dr. Mahathir...

Entri Yang Berkaitan :

Post a Comment

4 Comments

  1. Salam, mia. Waaa, ceburunya kak, hehehe...Kak pun minat sangat dengan Tun Mahathir.

    ReplyDelete
  2. seorang bekas pemimpin yang bervisi, versatile & evergreen. Itulah dia Tun Dr. M @ Che' Det ...

    ReplyDelete
  3. Wah .... siap dapat sijil penyertaaan lagi dari kementerian belia dan sukan ...best

    ReplyDelete