image Makanan Penghilang Bau Badan - Mia Liana

Thursday, 2 February 2012

# Health # Tips

Makanan Penghilang Bau Badan


Bau badan merupakan masalah yang dapat menurunkan tingkat kepercayaan diri seseorang. Bau tidak sedap yang dikeluarkan dari tubuh amat mengganggu imej dan penampilan anda.

Salah satu faktor yang menyebabkan bau badan adalah makanan. Jenis bawang-bawangan, kunyit, daging merah dan makanan pedas, merupakan makanan penyebab kepada aroma yang tidak sedap. Untuk itu, anda perlu mencegah makanan yang disebutkan tadi, setidaknya mengurangi makanan-makanan tersebut.

Namun, ada juga makanan yang dapat mencegah bau badan. Tahukah anda? Berikut ialah empat makanan yang dapat mengurangkan aroma tubuh yang kurang sedap.

Tomato
Tomato merupakan antiseptik alami yang dapat membunuh berbagai macam bakteria, termasuk bakteria yang membuat tubuh beraroma kurang sedap. Seperti Curebum, bau badan boleh hilang dengan sering minum jus tomato. Disarankan minum jus tomato sebanyak tiga kali sehari. Jus tomato tidak hanya diminum, tapi boleh juga dicampurkan dalam tab mandian, sebagai penambah ritual mandi anda.

Teh hijau
Bau badan mungkin disebabkan oleh faktor lingkungan, seperti polusi, matahari dan debu. Bau badan kerana faktor lingkungan usia dapat diatasi dengan bahan yang mengandung antioksidan. Antioksidan yang baik untuk mengalahkan aroma tidak sedap pada tubuh adalah teh hijau. Teh hijau juga memiliki aroma khas. Bila rajin meminumnya, maka bau segar dari teh hijau dapat keluar dari dalam tubuh.

Seledri
Daun seledri dapat melawan bau badan. Kandungan seledri dapat melawan racun yang ada di dalam tubuh penyebab bau badan. Jadi, jangan lupa memasukkan seledri dalam makanan sihat anda.

Jus rumput
Jenis rumput tertentu dapat dijadikan sebagai minuman. Mungkin kedengarannya aneh, tapi jus rumput sudah banyak dijual di gerai minuman yang ada di mall-mall. Khasiat jus rumput dipercayai dapat mengatasi aroma tidak sedap pada tubuh.

sumber : emel

p/s: cuba cium ketiak masing-masing, ada bau tak? selamat mencuba!

28 comments:

  1. Jus rumput tu pelik sikit..tak penah jumpe lagi~

    ReplyDelete
  2. suka makan jus.tapi tak pna dengr nama jus rumput..mcm pelik je rasa..

    ReplyDelete
  3. first time dengar jus rumput

    ReplyDelete
  4. wah....bagus ni... buah durian boleh guna?

    ReplyDelete
  5. ada ke jus rumput?...hehe

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing kak mia.
    at least boleh cuba satu dr cara di atas.

    ReplyDelete
  7. bawang..one of my feveret..haha..xtaw knapa..nsib baik msalah bau bdan nie x mnyerang..

    ReplyDelete
  8. aiiiyoooo jus rumput..x leh bayangkan...hehehehehehe

    ReplyDelete
  9. bawang xsuka makan tapi kunyit suka ... mak suka masak sup ikan berkunyit ... antara bahan2 di atas tu rasanya teh hijau paling senang untuk dijumpai (bagi lelaki mcm aku) sebab yg lain2 tu malas nak potong ...

    ReplyDelete
  10. thanks for the tips kak...

    bau badan mmg something yg x best n x selesa...luckily sye amalkan mnum green tea hari2...dah berkeyakinan semula..hehe :)

    ReplyDelete
  11. kakyong memang makan tomato setiap hari.. x kiralah buat jus @ makan mentah.. it's a habit dr kecik, emmang suka tomato..

    ReplyDelete
  12. @Yana Libra mia pun rasa pelik juga. cuba search kat goole...

    ReplyDelete
  13. @Woofer Storm tu la. bila search kat google memang ada la jus rumput ni...

    ReplyDelete
  14. @SAYA BUKAN SAMDOL mia pun first time dengar juga bila terima emel ni..

    ReplyDelete
  15. @Spudin uikk buah durian xleh guna. lari jauh dari topik kita ni... huhuhuh...

    ReplyDelete
  16. @fatin amalina husna bawang? hmmm boleh menyebabkan bau badan tak enak. mungkin sekarang belum lagi, tappi nanti dah tua2.. manalah tahu tetiba ada...hmm risau juga ni...

    ReplyDelete
  17. @SumeSakan cuba bayangkan minum air warna hijau... ntah apa lah rasanya...

    ReplyDelete
  18. @Razil Tahir entahlah mia pun tak tahu sangat. yang mia jumpa masa search kat google tu.. wheatgrass, jus rumput gandum..

    ReplyDelete
  19. @kakyong wahhh bagusnya kak yong... mia cuma kadang2 aje makan tomato ni....

    ReplyDelete