Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan

Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.



Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya. Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.

Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.

Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa diseru agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

sumber : adoi!! bosannya

Post a Comment

15 Comments

  1. kadang2 pelajar fikir hanya dgn belajar sja boleh berjaya...sedangkan Allah jgsa melihat pda perlakuan kta..crita ni tidak mustahil boleh berlaku kan....sesungguhnya Allah Maha Berkuasa

    ReplyDelete
  2. ya allah. terlalu mulia bila seorang anak berbakti kepada kedua ibu bapanya.

    kenapa masih ramai lagi yang lalai, abaikan ibu bapa.
    seolah bila mereka pergi nanti,

    seakan boleh dibeli yang lain sebagai ganti.

    :) sayanglah ibu bapa kita kerana ALLAH SWT. :)

    ReplyDelete
  3. setiap kebaikan yg kita lakukan,pasti ada ganjaran darinya..insyallah..

    ReplyDelete
  4. kisah ni memang jagi teladan pada semua anak2..betapa hebatnye ganjaran menjaga ibu bapa

    ReplyDelete
  5. Kebesaran Allah SWT.... kita sebagai hamba mesti mengikut perintahNya... Tidak rugi jika berbudi kepada kedua orang tua kita....

    ReplyDelete
  6. sdih mmikirkan perbuatan tak baik yang muja buat kat parents muja dulu,, :'(

    ReplyDelete
  7. dipermudahkan urusan bg org yg berbuat baik kpd ibu bapa ^^

    ReplyDelete