image Latihan Bola Jaring OUM Johor - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Monday, 6 February 2012

# Study Matters

Latihan Bola Jaring OUM Johor

Mia telah mengikuti latihan bola jaring untuk OUM Johor pada hari Sabtu lepas jam 9.00 pagi di Majlis Sukan Negeri Johor, Larkin. Dah lama sangat tak main bola jaring. Mia cuba join.. mana tahu boleh test power. Tak ramai yang hadir memandangkan tengah musim cuti, Maulud Nabi dengan Thaipusam sekali. Ramai yang balik kampung.

Mula-mula macam biasalah kena streching dulu dan kemudian lari keliling. Kasi stamina up skit. Termengah-mengah jugalah Mia. Lama dah tak exercise. Kemudian kami semua berlatih main bola jaring. Mia ambil position GA dan GS je sebab malas nak lari. (ngelat skit)

Nasib boleh juga lah nak shoot. Terkial-kial juga nak adjust balingan masa nak shoot. Memang tak pandai pun main ni, tapi cuba belajar. Kalau boleh nak jadi pemain simpanan je masa Karnival Sukan OUM 2012 Wilayah Selatan nanti. Tapi kalau dah kena main, main ajalah. Yang penting dapat wakil OUM Johor lawan dengan OUM lain.









p/s: kaum ibu pun masih kuat untuk bermain bola jaring... majulah sukan untuk negara...

2 comments: