Pada petang Jumaat (24 Februari 2012) yang lepas, Mia dan Kak Aida telah bersembang-sembang dengan 4 blogger terhangat di Kuala Lumpur. Mula-mula ingatkan tak jadi, lepas solat Jumaat baru confirm jadi nak lepak sini. Hanya sembang-sembang petang di McDonald's The Mall selepas menghadiri event Bicara Bersama Tun. Dr. Mahathir di sebelah paginya.

Rasanya termasuk ni dah 2 kali berjumpa dengan Bro Framestone. Yang lain-lain baru pertama kali Mia jumpa Rabiatul Adawiyah, Hilal Azmi dan Ariff Shah. Selalu tengok blog diorang je. Ni sekarang dah di depan mata, jadi sesi suai kenal secara mesra. Macam-macamlah yang keluar, borak-borak petang. Cerita itu... cerita ini...

Kagum dengan semangat yang ada Bro Framestone ni, fulltime blogger. Hebat tu... Ariff Shah pula yang baru sahaja selesai pengajian di Moscow agak kurus sedikit. Takpe.. ni dah balik Malaysia, makanlah macam-macam nanti boleh naik skit berat badan tu... 

Rabiatul Adawiyah dan Hilal Azmi, memang Mia tidak berapa kenal sangat. Bila berjumpa macam ni bolehlah tambah kawan dan berkongsi pandangan dan pendapat masing-masing.

Ramai blogger yang duduk di Kuala Lumpur cepat betul naik. Dapat sponsor smartphone dan laptop, dapat masuk tv, dapat masuk majalah. Mia dan Kak Aida dengar sahaja celoteh mereka ni. Kat Kuala Lumpur ni, banyak yang happening. Ada banyak event. Kita ni blogger luar, hanya tumpang gembira di atas kejayaan mereka ni.



Yang ni special pose daripada mereka untuk pengunjung blog Mia ni...





p/s: walaupun dah famous amous.. yang penting jangan sombong.....