image Jom Ramai-Ramai Join Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad - Mia Liana

Saturday, 18 February 2012

# SENYAP

Jom Ramai-Ramai Join Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad


Vyrec sekali lagi melalui hebahan maklumat tentang program-program belia seluruh Malaysia kini ingin mempromosikan satu program bual bicara bersama pemimpin tercinta kita iaitu YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad atau lebih dikenali sebagai Che Det. Beliau merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang berkhidmat paling lama iaitu selama 22 tahun dan beliau akan berkongsi segala pengalaman bersama anda semua terutama dalam bidang kepimpinan.

Sehubungan itu, Kementerian Belia Dan Sukan akan menganjurkan Program Bicara Minda Bersama YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad khas buat para belia. Program ini terbuka kepada semua belia berumur 18-40 tahun. Sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini sila daftarkan diri anda dengan menghubungi nombor berikut:

Maklumat program adalah seperti berikut:

TARIKH : 24 FEBRUARI 2012 (JUMAAT)

TEMPAT : DEWAN TUN DR. ISMAIL, PWTC, KUALA LUMPUR

MASA : 8.30 PAGI – 1.00 PETANG

PAKAIAN : FORMAL

Untuk menyertai program ini sila lengkapkan maklumat berikut:

Lengkapkan borang kehadiran di dalam link berikut: Borang Kehadiran
Sila sahkan kehadiran anda di laman jemputan facebook di link berikut : Laman Jemputan
Untuk maklumat lanjut sila hubunggi pegawai berikut:
  • CIK NURUL ADIBAH – 017-4191190       
  • EN. MOD NADZRI – 013-3479063 / modnadzri@kbs.gov.my
  • EN.ASRUL – 03-88713294 / asrulabu@kbs.gov.my
  • CIK MARCELLA –  012-6746640 / marcella@kbs.gov.my
Kepada semua yang menjadikan beliau sebagai Idola dan Ikon dalam hidup anda, pasti tidak mahu melepaskan peluang duduk dan bersama-sama menjana minda untuk menjadi seseorang dan mungkin pemimpin yang lebih baik di masa hadapan. Penyertaan adalah TERHAD kepada 1000 orang sahaja. FIRST COME FIRST SERVE!


Kisahnya bermula bila Sazali post di wall FB Mia beritahu tentang jemputan ini. Kalau tak, Mia tentu tak tahu.  Memang menarik betul event belia kali ini. Dahlah free. Cuma datang bawa badan sahaja. Ni yang jeles kat sesiapa yang duduk Kuala Lumpur senang betul nak hadir event ni. Kalau tak rebut peluang ni, tak tahulah nak cakap apa.

Setakat ni, Mia memang minat sangat nak pergi jumpa pemimpin idola Mia ni. Sanggup ambil cuti. Mia cadang nak naik bas ke Kuala Lumpur pada hari sebelumnya. Suami Mia sibuk dan tak dapat join. Mia ada ajak Kak Aida (kawan sepejabat) temankan. Kalau tiada teman dari Johor Bahru, nampak gayanya melepaslah hajat Mia ni. Doa sangat nak datang ke event ni...

p/s: sila sebarkan kepada rakan-rakan lain tentang event ini... 

1 comment: