Sebenarnya hati ini agak berat nak beritahu. Takut hasrat tidak dapat dicapai. Kalau nak tahu, calon protege kedua Mia ada dalam bloglist. Ada dalam 3 blog yang Mia dah perhatikan sejak bulan lepas. Kebetulan pula mereka join segmen bloglist tempohari, lagi senanglah Mia nak tengok perkembangan pada bulan ini.

Buat masa ini, Mia intai secara rahsia. Belum bersedia nak tanya, "Sudikah ingin menjadi protege Mia?". Malu pun ada.... segan pun ada...

Antara 3 blog ini, hanya satu sahaja yang Mia akan pilih. Sungguh pun begitu, Mia masih ragu... patutkah teruskan usaha ini. Mia bukanlah pandai sangat dalam berblog. Mia hanya didik berdasarkan pengalaman dan kali ini mungkin akan dapat dibantu oleh protege pertama.

Persoalan yang belum terjawab sehingga kini dan pada masa yang sama sentiasa memerhati prestasi 3 blog ini dalam diam. Hmmm.... serba salah dibuatnya.

mana tahu kot-kot satu yang dipilih nanti, tak sudi...
Published with Blogger-droid v2.0.6