image 43. Keria - Mia Liana

Friday, 11 June 2010

# Resepi Kuih Malaysia

43. Keria


Bahan-bahan:
  1. 600 gram keledek (rebus dan lecek)
  2. Setengah cawan air
  3. 5 sudu makan gula pasir
  4. Tepung gandum secukupnya
  5. ½-1 kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara :
  1. Masukkan keledek ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit-sedikit hingga boleh diuli. Jangan terlalu lembut atau terlalu keras.
  2. Ambil sedikit adunan, bulat dan leperkan serta lubangkan di tengah-tengahnya.
  3. Buat hingga habis.
  4. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  5. Goreng adunan tadi sehingga kemasan.
  6. Dalam kuali yang lain, masak gula bersama air hingga likat. Masukkan kuih yang telah digoreng tadi.
  7. Perlahankan api dan gaul perlahan. Biar air gula bertukar menjadi serbuk putih, padamkan api.
Sedia untuk dihidangkan.

6 comments:

  1. pernah cuba buat tapi tak menjadi lah. bila gaul tepung lebik sangat..masuk tepung lagi..then bila goreng keras yang amat.
    ehhmm terus masuk dlm bakul sampah huhuhu

    ReplyDelete
  2. nape nampak sedap ye padahal ta minat keria sebab mak jual tu. muak dah!

    ReplyDelete
  3. feveret fizah nie..saya amik resepi eah..penah wat..tp tlebih tepung kot..huhu..

    ReplyDelete
  4. la senang je nak buat kuih nie..hihi selama nie makan je x tahu buat..huhu..lepas nie nak buat la..hihi

    ReplyDelete