image Result Semester Januari 2010 - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Saturday, 12 June 2010

# Study Matters

Result Semester Januari 2010

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Bangun pagi ni je, macam biasa Mia akan belajar dulu. Bila check kat sistem myVLE beta 5 (dulu myLMS). tup.. tup... result dah kuar. berdebar..debar betul. Takut pun ada. 


Lega sangat dapat mengekalkan pointer Mia. Dermasiswa yang Mia dapat ni, kelayakkannya paling teruk mesti 3.67 untuk semester semasa. Tu yang susah hati sangat, result dah lah lambat keluar sebab OUM tukar sistem baru. Walau macam mana pun, Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kat lecturer-lecturer Mia yang banyak membantu Mia. Maklumlah Mia ni banyak bertanya... letih diorang nak layan. 

Kengkawan study group Mia untuk assignment Object Oriented Programming, Azwafi dan Kamaruzzaman. Sanggup melepak kat McD Taman Sutera (yang tepi jalan besar skudai tu) selama 2 hari... sebab nak siapkan error code java yang susah tuh. En Azlan (lecturer) yang sudi balas mesej Mia walaupun terlalu busy masa tu. Suka kat McD situ sebab internet(wi-fi) dia laju...tak lambat.

Apa-apa pun Mia gembira sangat sebab suami banyak support Mia di saat akhir exam. Bayangkan untuk subject Software Engineering tu.. Mia tersalah subjek. Hari tu Mia ingatkan Introduction to Networking. Macam biasa sampai awal ke dewan exam. Tengok2 rupanya tersalah subjek. Bagai nak gila baca online module software engineering kat library, 1 jam sebelum exam bermula. Nak menangis pun tak guna. Pasrah aje. Nasib baik dapat A-. Takut tak lulus je yang tu.

Mia rasa mulai saat ini Mia nak berkongsi kat kengkawan bloggers yang rata-ratanya student juga. Supaya jadi peransang kat anda semua supaya belajar bersungguh-sungguh sebab study full time. Tak macam Mia ni part-time dan ada komitmen yang lain.

11 comments:

  1. TAHNIAH MIA!
    semoga semester depan lebih cemerlang...

    ReplyDelete
  2. congratz....best eyh belajar oum..?

    ReplyDelete
  3. wah..belajar??? dulu ingat nak sambung gak ler master..tapi huhuhu dah tak boleh belajar dah otak sudah membeku.

    seronok dpat resultkan..tahniah yer

    ReplyDelete
  4. kak..tahniah kak!! saya punya result blm kluar lagi..huhu..takut ah..ape2pun maintain k result ye. tahniah=)

    ReplyDelete
  5. wah..tahniah mia
    makin bersemangat tgok result u ni..hihi

    ReplyDelete
  6. thanks polaris :) wishing luck to you too

    ReplyDelete
  7. semua A! seronoknye. sy pun azam nk dpt semua A next sem! hehe. doakan ye kak Mia:-p

    ReplyDelete
  8. akak study kay oum rupanya. tahniah akak. teruskan usaha mendpat result yang lagi gempak :)

    ReplyDelete