39. Karipap


Bahan-bahan:

Bahan Inti :
  1. 1 kg kentang/keledek (dipotongdadu)
  2. 600 gram bawang besar(dipotong dadu)
  3. 800 gram daging lembu/ayam(dipotong dadu)
  4. 1 biji bawang besar
  5. 3 ulas bawang merah
  6. 4 ulas bawang putih
  7. 1 inci halia
  8. 1 sudu makan jintan manis
  9. 1 bungkus serbuk kari
  10. ¾ cawan minyak masak
  11. 1 batang kulit kayu manis
  12. 3 sudu makan besar gula
  13. 1 sudu makan garam
  14. ½ sudu teh serbukperisa (jika mahu)
  15. 700 ml air
Bahan (4) hingga (8) hendaklah ditumbuk lumat

Bahan doh :
  1. 1 kg tepung gandum (ayak)
  2. 1 sudu makan garam
  3. ¾ buku lepa susu
  4. 2 biji telur
  5. 1 cawan ais
  6. 500 ml air
  7. ½-1kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara :

Untuk Inti :
  1. Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis hingga kembang, masukkan bahan tumbuk dan goreng hingga garing. Masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
  2. asukkan daging/ayam dan gaul sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa, air dan kentang/keledek. Biarkan mendidih hingga agak kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.
Untuk Kulit :
  1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk.Gaulkan bersama air, garam dan ais.
  2. Sementara itu gaul tepung dan telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi. Gaul dengan hujung jari hingga mennjadi serbuk roti. Masukkan air ais bergaram sedikit demi sedikit dan gaul hingga jadi doh. Rehatkan ½ jam.
  3. Ambil sedikit doh, canai nipis (2mm tebal) atas landasan bertepung dan isikan 1 sudu makan inti, tutup dan kelim kemas-kemas / gunakan acu karipap untuk menutupnya dan elakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis.
  4. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan.
  5. Goreng karipap hingga kuning keemasan. Angkat dan tos.
Sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

2 Comments