image 41. Kuih Kacang (Kasturi) - Mia Liana

Wednesday, 9 June 2010

# Resepi Kuih Malaysia

41. Kuih Kacang (Kasturi)


Bahan-Bahan :

Untuk inti:

1 cawan kacang hijau (rendam selama 45 jam)
Air secukupnya untuk merebuskan
cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 sudu makan kelapa parut muda (putih sajaha)
3 sudu makan tepung gandum

Untuk kulit /salut :
  1. 1 cawan tepung beras
  2. 1 sudu makan tepung jagung
  3. 1 sudu teh kunyit serbuk
  4. ½ sudu teh kapur sirih
  5. Air secukupnya
  6. ½ sudu teh garam
  7. ½-1kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara :

Untuk inti:
  1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. (Jangan sampai hangus)
  2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Gaul sebati dan sejukkan.
  3. Ambil sedikit adunan dan bentukkan saperti bebola. Leperkan. Buat hingga habis.

Untuk kulit /salut :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk. Bancuh sebati.
  3. Celup adunan kacang ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos.
Sedia untuk dihidangkan.

4 comments: