image PTK oh PTK - Kompetensi Fungsional - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Monday, 21 June 2010

# Work Matters

PTK oh PTK - Kompetensi Fungsional


Memandangkan Mia adalah seorang penjawat awam, Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) memang kena tempuhi. Selalu tipu diri untuk rasa gembira bila hari periksa hampir tiba. Tekanan mula terasa tapi buat tak tahu je. Kali ni Mia perlu hadir ke PTK untuk Kompetensi Fungsional. Bila tu? Dah dekat dah. Selasa depan 29 Jun 2010. Untuk yang Kompetensi Generik, Mia dah ambil tahun lepas. Bila nak periksa je, yang penting sekali ialah lulus. Mia baru je Tahap 1.

Sebagai seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 di organisasi ini, dan juga calon tunggal gred ini, Mia kena lah belajar sorang-sorang. Tak ada kawan. Nak buat macam mana... sedihnya. Tapi tidak mengapa.. dah biasa belajar sorang-sorang... harus cuba juga.

Silibus yang ditentukan adalah seperti berikut :
  1. Maklumat Organisasi
  2. Rancangan Tanaman Semula Nanas (RTS) dan Rancangan Tanaman Baru Nanas (RTB)
  3. Konsep ICT
  4. Teknik Pengaturcaraan
  5. Konsep Pemasangan (Rangkaian Komputer)
  6. Pembangunan Aplikasi Multimedia
  7. Konsep Sistem Operasi (Penyelenggaraan, Keselamatan dan Pengendalian)
Macam biasa lepas dah periksa mesti lah ada temuduga terbuka untuk calon PTK. Oleh kerana Mia sorang sahaja, maka diberi tugasan berupa take home assignment untuk 7 hari (alhamdulillah). Harap sangat soalan-soalannya dapat Mia jawab dalam tempoh tersebut.

Apa-apa pun yang penting sekali, jangan sampai blank ketika nak jawab exam. Ni perkara yang paling dan amat Mia takutkan.

9 comments:

  1. Mia gud luck!!!! PTK ni untuk orang dah keje ke?

    ReplyDelete
  2. untuk yang kerja dengan kerajaan. terima kasih atas sokongan kengkawan semua.

    ReplyDelete
  3. salam sis... nak tanya kenapa kalau tambah gadget html/java script kena letak tajuk kalau tak dia tulis error... dulu buat tak macam tu... saya salah setting pape ke? huhu sebab nak edit tutorial sis tu... tapi bila nak save balik dia cakap error sebab tak masukkan tajuk....maaf ya sis komen pada tajuk yang salah...=p

    ReplyDelete
  4. semoga berjaya.

    kdg2 sbb jwpnnya hampir sama, saya cdgkan byk bermain dgn soalan.
    bila check jawapan dan ada yg salah, cuba fahamkan rasional jwpn sebnr yg diberikan dlm ujian tersebut.

    ReplyDelete
  5. good luck.. sop br je lepas awal jun lepas..
    ni ulangan yh ketiga utk fungsional..
    generik dan dapat 4, fungsional jer asyik 3 jer.. harap kali ni dpt 4.. dah ler last dah nih..

    ReplyDelete
  6. kak mia...caiyokk gdluck
    sbnqnya fatin x pahm sagt bnda pa ni hehe
    tp jez nak wish gdluck :D

    ReplyDelete