image 46. Kuih Bom - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Tuesday, 15 June 2010

# Resepi Kuih Malaysia

46. Kuih Bom


Bahan-bahan:

Untuk inti:
  1. ½ biji kelapa parut
  2. ¼ cawan gula kabung
  3. ½ cawan gula pasir
  4. 1 helai daun pandan
  5. ¼ cawan air
Untuk kuih :
  1. 240 gram tepung pulut
  2. ½ sudu teh garam
  3. 1 sudu makan tepung gandum
  4. 1 sudu teh air kapur
  5. 200 ml air
  6. 50 gram biji bijan
  7. ½-1 kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara :

Untuk inti:
  1. Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
  2. Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.

Untuk kuih :
  1. Masukkan tepung pulut, tepung gandum, air kapur dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh yang lembut. Tambah air lagi jika  tidak mencukupi.
  2. Ambil sedikit doh, bentukkan bulat dan isikan inti di tengahtengahnya. Pastikan tidak bocor. Kemudian golekkan ke atas bijan. Buat hingga doh habis.
  3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana besar.
  4. Goreng kuih bom hingga keemasan. Angkat dan tos.
Sedia untuk dihidangkan.

2 comments:

  1. namanya kuih bom ye? macam kuih onde-onde lah pulak. konpius-konpius. hee :D

    ReplyDelete