image 52. Kuih Lapis Keladi - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Tuesday, 22 June 2010

# Resepi Kuih Malaysia

52. Kuih Lapis Keladi


Bahan-Bahan:
  1. 1-½ cawan tepung gandum
  2. 2 sudu makan tepung beras
  3. 2 sudu makan tepung jagung
  4. ¾ cawan gula
  5. 3 cawan santan
  6. 1 sudu teh garam
Untuk lapisan A :
  1. ½ cawan air
  2. 1 sudu makan pes keladi
  3. pewarna ungu
Untuk lapisan B:
  1. ½ cawan keladi parut
  2. ½ cawan air
Cara:
  1. Panaskan kukusan.
  2. Kisar semua bahan kecuali bahan untuk lapisan dan tapis.
  3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  4. Masukkan bahan A dalam bahagian 1.
  5. Masukkan bahan B dalam bahagian 2.
  6. Sapu rata loyang dengan minyak.
  7. Masukkan 1 cawan adunan bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 3 minit.
  8. Lapiskan 1 cawan adunan bahan B dan kukus lagi selama 3 minit.
  9. Ulangi langkah 7 dan 8 sehingga adunan habis.
  10. Sejukkan dan potong.
Sedia untuk dihidangkan.

5 comments:

  1. akak semua kuih lapis..dadih plak hehehe

    ReplyDelete
  2. Kak mia. pantang betul tengok makanan mcm ni.

    Skang bile nak masak je sy bawak laptop g dapur.. heheh. canggih.

    thanks yer.

    ReplyDelete
  3. uishh dasyat sarah hehe
    nak kena wat gutu gak nihh hehe

    ReplyDelete
  4. kegemaran miza ni. sedappp!
    thanks akak. boleh cuba. terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. emmm berlapis-lapis mesti susah nak buatkan

    ReplyDelete