image 38. Jongkong Kelapa Muda - Mia Liana

Friday, 4 June 2010

# Resepi Kuih Malaysia

38. Jongkong Kelapa Muda


Bahan-bahan:
  1. 100 gram tepung beras
  2. 50 gram tepung sagu
  3. ¼ sudu teh garam
  4. 600 ml air
  5. 50 ml air daun pandan
  6. 2 helai daun pandan (potong sebesar 2 inci)
  7. 250 gram gula melaka (hancurkan)
  8. 2 biji isi kelapa muda
  9. 500 ml santan dari 1 biji kelapa
  10. Daun pisang secukupnya untuk membungkus
Cara :
  1. Masukkan tepung beras, tepung sagu dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan bancuh dengan sebahagian air. Ketepikan.
  2. Didihkan air selebihnya, masukkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Masukkan air daun pandan dan kacau adunan sehingga pekat dan masak. Angkat dari api.
  3. Letak sepotong daun pandan di atas 2 lehai daun pisang yang ditindih. Tambah 1 sudu besar gula melaka, 2 sudu besar adunan tepung, 3 sudu besar isi kelapa muda dan 4 sudu besar santan. Bungkus dan semat. Buat hingga habis.
  4. Sementara itu panaskan pengukus.
  5. Kukus selama 1 jam sehingga masak.
Sedia untuk dihidangkan.

10 comments:

  1. macam pnah tengok kuih ni kat sibu dulu tapi nama dia lain la pulak...

    ReplyDelete
  2. nyum3..
    sedapnyer..
    nk try laa wat..
    hehee~

    ReplyDelete
  3. nak minta kebenaran copy artikel resipi ini untuk laman http://www.darikampung.org/
    Kredit akan diberikan..

    ReplyDelete
  4. Tengok macam sedap kuih ni.... lagi pun tak pernah dengar lagi nama kuih ni....

    ReplyDelete
  5. kuih aper nie??? leh bagi sebijik? ehehehe

    ReplyDelete
  6. uikkk.. sedap tau kuih ni.`..`

    Mus Dk, Mia setuju... tak kisah... :)

    ReplyDelete
  7. tak pernah makan pun kuih tu ke ada nama lain

    ReplyDelete
  8. kuih jongkong?? hurmm.. bukan kuih bongkol..

    ReplyDelete