image 49. Kuih Lapis - Mia Liana

Friday, 18 June 2010

# Resepi Kuih Malaysia

49. Kuih Lapis


Bahan-bahan :
  1. 1-¾ cawan tepung gandum
  2. ½ cawan tepung ubi
  3. 3 ½ cawan santan dari 1 biji kelapa
  4. 1 cawan gula pasir
  5. Garam secukup rasa.
  6. Pewarna merah

Cara :
  1. Tepung gandum dan tepung ubi diayak bersama.
  2. Gula dan santan dikacau sehingga gula larut sepenuhnya.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam santan tadi. Kacau rata supaya tidak bergentel. Masukkan garam.
  4. Adunan tepung di bahagikan dua; satu bahagian dibiarkan putih dan satu bahagian lagi di warnakan merah.
  5. Panaskan air kukusan sehingga biar mendidih. Letakkan talam di dalam periuk kukus.
  6. Masukkan sesenduk adunan putih, tutup kukus dan biarkan selama 3 minit (atau separa masak)
  7. Ulangi langkah 6 dengan menggunakan adunan merah.
  8. Ulangi langkah 6 dan tujuh sehingga adunan habis.
  9. Kukus selama 20 minit lagi. Setelah sejuk boleh dipotong .
Sedia untuk dihidangkan.

5 comments:

  1. salam,
    alamak, ada lagi kuih peveret! jwbnya xdpt la nk kontrol gula...

    ReplyDelete
  2. Looks so delicious, the recipe looks easy too~ but I'm too lazy to cook XD

    ReplyDelete
  3. ni fav kita ni kak mia.. buat xpandai makan je pandai hehe

    ReplyDelete