image 51. Kuih Lapis Coklat Jagung - Mia Liana

Monday, 21 June 2010

# Resepi Kuih Malaysia

51. Kuih Lapis Coklat Jagung


Bahan-bahan:
  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 2 sudu makan tepung beras
  3. 2 sudu makan tepung kastad
  4. 3/4 cawan gula
  5. 4 cawan santan
  6. 1 sudu teh garam
  7. ½ cawan isi jagung (kisar bersama ½ cawan air)
  8. 1 sudu makan serbuk coklat (bancuh dengn ½ cawan air suam)
Cara:
  1. Panaskan kukusan.
  2. Kisar semua tepung, gula dan santan. Tapis.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  4. Masukkan jagung dalam bahagian 1 dan gaul rata.
  5. Masukkan coklat dalam bahagian 1 dan gaul rata.
  6. Sapu rata loyang dengan minyak masak.
  7. Masuk 1 senduk adunan koko dan kukus selama 3 minit.
  8. Lapiskan 1 senduk adunan jagung dan kukus semula selama 3 minit.
  9. Ulangi langkah 7 dan 8 sehingga adunan habis.
  10. Sejukkan dan potong.
Sedia untuk dihidangkan.

6 comments:

  1. salam.. kak mia..., nnmpk sdap la kuih ni... (^_^)
    kak mia poslaju ckit kt ct ley x??
    heheek.. ;)

    p/s ; thanks sbb folow ct... :)
    i folow u bck.. :)
    snyum2 salu..
    peace no war.. :)
    wassalam..

    ReplyDelete
  2. macm2nya kak mia ni pandai wat kuih...
    kak mia pndai masak ehh..
    hehhe best hsbnd kak mia weeeeeee:D

    ReplyDelete
  3. uikkk akak tak pandai sangat.. nak buat pun refer resepi...

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Mia. sy suka amat kuih ni.
    Nak cuba resipi ni. selalunya bali aje. hehe. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  5. wallah...sedapnya esok pagi nak carilah.

    ReplyDelete