image 42. Kaswi - Mia Liana

Thursday, 10 June 2010

# Resepi Kuih Malaysia

42. Kaswi


Bahan-bahan:
  1. 250 ml air
  2. 60 gram gula pasir
  3. 2 helai daun pandan, disimpul
  4. 180 gram gula melaka (hancurkan)
  5. 120 gram tepung sagu
  6. 150 gram tepung beras basah
  7. 1 sudu teh air kapur
  8. ½ biji kelapa muda parut
  9. ½ sudu teh garam
Cara :
  1. Didih gula melaka bersama gula pasir, air dan daun pandan di dalam periuk hingga gula larut manjadi sirap gula.
  2. Masukkan tepung beras, tepung sagu dan air kapur di dalam mangkuk. Tapis sirap gula ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul. Tuang adunan ke dalam loyang.
  3. Panaskan kukusan. Masukkan loyang kedalam kukusan. Kukus selama 20-30minit (sehingga masak). Setelah masak sejukkan dan potong.
  4. Sementara itu gaul kelapa bersama garam.
  5. Taburkan kelapa pada kuih yang telah dipotong.
Sedia untuk dihidangkan.

3 comments: