image 36. Getas - Mia Liana

Wednesday, 2 June 2010

# Resepi Kuih Malaysia

36. Getas


Bahan-bahan:
  1. 1 bungkus tepung pulut
  2. 1 biji kelapa parut (putih sahaja)
  3. 1 sudu teh garam
  4. Air suam secukupnya
  5. ½-1kg minyak masak (untuk menggoreng)
  6. gula halus
Cara:
  1. Gaul rata tepung pulut, kelapa parut dan garam.
  2. Tambah air suam sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil sedikit doh, bentukkan bujur dan leper.
  4. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan.
  5. Goreng doh sehingga kuning-kekuningan.
  6. Angkat dan gaulkan dengan gula serbuk.

Sedia untuk dihidangkan.

10 comments:

  1. getas? memang nama getas ke? rasanya kat tempat lain nama lain kan? :)

    ReplyDelete
  2. ni lah namanya mengikut koleksi resepi ni... mungkin kat tempat/lokasi lain namanya lain...

    ReplyDelete
  3. wow! first time dengar nama kuih ni... getas...

    ReplyDelete
  4. Getas? apekah getas? xpernah dgr la..
    sesuai ke untuk sarapan pagi? atau minum ptg? hehehe


    Friendly Contest!

    ReplyDelete
  5. salam...lupa la nama kueh ni..tp mmg sedap giler..phewwwww...lama x jumpa...

    ReplyDelete
  6. hoho..tak penah dgr nama ni..penah mamam je

    ReplyDelete
  7. oh kuih ni nama getas yer..tradisional betullah. pandai u buat

    ReplyDelete
  8. tengok macam sedap kuih ni.... tak pernah makan.... lebih2 tu pos sini sikit....

    ReplyDelete
  9. lebih kurang donut je nampak...
    post la kat nizam satu..:P

    ReplyDelete
  10. getas ni kuih yang macam mana ye kak? tak pernah dengar dan tak pernah makan pun =.="

    ReplyDelete