image 47. Kuih Gulung (Ketayap) - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Wednesday, 16 June 2010

# Resepi Kuih Malaysia

47. Kuih Gulung (Ketayap)


Bahan-bahan :

Untuk inti:
  1. ½ biji kelapa parut
  2. ¼ cawan gula kabung
  3. ½ cawan gula pasir
  4. 1 helai daun pandan
  5. ¼ cawan air
Untuk kulit :
  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan jus pandan
  3. ½ cawan susu segar
  4. 1 biji telur
  5. ½ sudu teh garam
Cara :

Untuk inti:
  1. Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
  2. Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.

Untuk kulit :
  1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan.
  2. Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata dengan minyak masak/ marjerin.
  3. Tuangkan sesenduk adunan dan lenggang-lenggangkan kuali tadi supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  4. Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengah-tengahnya. Lipat bahagian kiri dan kanan. Gulung kemaskemas. Buat hingga habis.
Sedia untuk dihidangkan.

5 comments: