image 40. Karipap Mudah - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Tuesday, 8 June 2010

# Resepi Kuih Malaysia

40. Karipap Mudah


Bahan-bahan :

Untuk inti  :
  1. 3 sudu makan minyak masak
  2. 1 batang kulit kayu manis
  3. ½ sudu teh makan jintan manis
  4. ½ inci halia
  5. 1 biji bawang besar
  6. 2 ulas bawang putih
  7. 2 sudu makan rempah kari
  8. 1 sudu teh serbukcili (jika mahu pedas)
  9. 2 sudu makan gula
  10. 1 sudu teh garam
  11. ½ kg ubi kentang/ keledek(potong dadu)
  12. 100 gram daging lembu/ayam
  13. 2 cawan air
Bahan (2) dan (3) ditumbuk bersama
Bahan (4) hingga (6) ditumbuk bersama
Bahan (7) dan (8)  dibancuh dengan 2 sudu makan air

Untuk kulit :
  1. 500 gram tepung gandum
  2. 1 cawan minyak masak (panaskan)
  3. ½-1kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara :

Untuk inti :
  1. Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis dan jintan manis hingga naik bau.
  2. Masukkan masukkan halia, bawang besar dan bawang putih. Kacau rata.
  3. Masukkan serbuk kari dan cili. Kacau rata hingga terbit minyak.
  4. Masukkan gula, garam dan daging. Kacau rata hingga daging separa masak.
  5. Masukkan ubi kentang/keledek dn air. Kacau seketika dan tutup periuk dengan api yang kecil. Biarkan seketika hingga ubi empuk.
  6. Tutup api setelah masak dan ketepikan.

Untuk Kulit :
  1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Curah minyak panas ke dalam tepung. Gaul rata membentuk doh. (tambah tepung atau minyak jika doh terlalu lembut atau keras)
  2. Ambil sedikit doh, canai nipis (2mm tebal) atas landasan bertepung dan isikan 1 sudu makan inti, tutup dan kelim kemas-kemas / gunakan acu karipap untuk menutupnya dan elakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis.
  3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan.
  4. Goreng karipap hingga kuning keemasan. Angkat dan tos.
Sedia untuk dihidangkan.

4 comments:

  1. saya pernah try nak wat karipap nie..cari resipi hampeh..tak jumpe..last2 bukan ikut suke..ltak itu..ltak ini..jadiklah..jus kulit dia terlalu tebal.. alhamdulillah..adeq2 suke..tapi pasni nak cari yg betul2 punye resipi..

    ReplyDelete
  2. tq share resipi :D nnt nk try bt..hik3

    ReplyDelete
  3. sedapnya karipap ! saya buat ngan akak and adik sy dulu , tapi ta menjadi sangat macam karipap yg d jual . :D mseti try ni . :)

    ReplyDelete