image Pemenang Hadiah Misteri - Mia Liana

Monday, 7 June 2010

# Kuiz Smile..Smile..Smile..

Pemenang Hadiah Misteri

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mia Liana kerana telah menyediakan hadiah misteri untuk peraduan Smile.. Walaupun pada awalnya, saya sendiri tidak tahu wujudnya hadiah misteri tersebut iaitu peserta pertama menyertai peraduan blog Mia Liana. Kebetulan semasa mendapat maklumat peraduan Smile, saya terus menyertainya. Walaupun terdapat 20 soalan perlu dijawab tetapi semangat untuk menyertai peraduan yang dianjurkan membuatkan saya mampu menyiapkan peraduan tersebut dalam masa 2 jam.

Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Mia Liana di atas kejayaan mebuat peraduan tersebut. Diharap Mia Liana akan terus membuat lebih banyak peraduan untuk rakan blogger."

Gnesop adalah pemenang hadiah misteri Kuiz Smile..Smile..Smile.. Tahniah! Mia ucapkan. Bukan senang nak jadi peserta yang paling awal menghantar penyertaan yang lengkap. Sop juga ada buat entri khas Keputusan Kuiz Smile..Smile..Smile.. di blognya.

Hadiah misteri berupa baucer Jusco bernilai RM20. Selamat bershopping...

Penghantaran hadiah sop ada masalah teknikal sedikit, aduan telah dibuat dan baru sahaja diterima sop semalam. Mia telah poskan pada 27 Mei 2010. Rasa macam dah tak confident pula nak guna pos ekspres.

Sop ni rupanya kreatif orangnya. Jom kita tengok apa kata-kata kreatif dia untuk blog Mia.

B   - Blog yang berinformasi
l    - luhur dan dari hati penulisannya
o   - orang melawat pasti tertawan
g   - gembira apabila membacanya

M  - Mia ialah penulisnya
i    - interaktif dan mesra pengunjung
a   - aku diantara yang selalu melawat blognya

2 comments: