Punyalah tidak sabar nak tahu Keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 walaupun telah dimaklumkan pada 17 Mei 2013 sebelum ini. Tapi apabila balik ke rumah sahaja, Mia terus cepat-cepat buka Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan pergi ke bahagian peperiksaan di SINI.

Dup.. Dap.. Dap..

Bila diklik pautan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41, terus keluar paparan mesej di bawah ini.

klik pada gambar untuk besarkan

Harap maaf, keputusan peperiksaan bagi jawatan PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41 di JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA akan diumumkan pada 23 MEI 2013 (KHAMIS). Keputusan peperiksaan boleh disemak selepas jam 12.00 tengahari.


Hmmm.. rupanya tarikh sebenar ialah pada 23 Mei 2013, kena tunggu seminggu lagilah nampaknya. Rasa macam teruja dan tidak sabar nak tahu sebab ini adalah kali pertama Mia mengambil peperiksaan ini. Kalau lulus, alhamdulillah... Kalau tidak lulus, tidak mengapa... Yang penting dah cuba dan usaha...


sabar menanti...

Entri berkaitan :
Lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41