Saturday, February 11, 2012

Tudung Pearl Haya

Sebenarnya sekarang ni, Mia sudah jatuh cinta pada Pearl Haya. Mula-mula Kak Aida yang pakai dulu. Bila asyik tengok dia pakai hari-hari pergi kerja, tentulah tergoda. Sebab Mia suka tengok pelbagai designnya yang berbeza dengan tudung-tudung lain dan kualitinya yang amat memuaskan hati pengguna.

Mia pun pergi beli ke Butik Aysha Collection, satu-satunya agen tunggal Pearl Haya di Johor Bahru. Lokasinya di tingkat 1, sebelah escalator di Plaza Larkin. Makkk aii.. punyalah banyak designnya, macam-macam bentuk, rupa dan gaya sampai tak tahu nak pilih apa. Rambang mata betul.

Akhirnya dapat juga buat pilihan dan salah satu tudung yang Mia beli tu, yang patung pakai kat depan butik. Cantik tak? Kalau nak tengok koleksi tudung Pearl Haya yang lain boleh lawati http://pearlhaya.com. Cukup puas hati bila memakainya, walaupun ianya mahal.







p/s: tudung Pearl Haya yang Mia beli ni berharga antara RM 75 hingga RM80 (dalam bajet Mia). Heheheh.... ada lagi yang mahal....

24 comments:

  1. wah..bila mia bergaya dgn tudung2 nih kenalah pose ye...mama nk tgk!!!nak jugak nak jugak tgk..jgn memalu tau.huhu

    ReplyDelete
  2. Sekarang tudung dah macam-macam pattern... cantik-cantik. Kakak asal labuh dan selesa sudah tak adalah nak beli yg mahal-mahal Mia...

    ReplyDelete
  3. mia jadi la model sat nk tengok camne tudung tu...hehe

    ReplyDelete
  4. wahhhhhhhhh cantik2 tudung2nya.. bertambah cantik bila yg pakai tu mia =)

    ReplyDelete
  5. @Kakzakie haah.. ni mia saja2 je beli. takdelah banyak sangat. buat ada2 je.. :)

    ReplyDelete
  6. @jemarisuri JS... mia ni takde tokoh jadi model... hehehh segan...

    ReplyDelete
  7. @ADZA IRDAWATI aka MAK DARA uikkkkk! heheheh.... mak dara pun boleh cuba juga. tentu mak dara bertambah manis dan elegan bila pakainya...

    ReplyDelete
  8. pearl haya mmg cantik2 tudung dia. tp harga pon cantik. yg da bekerja blh la melaram ngn tudung cntik. :)

    ReplyDelete
  9. kak mia.. blhla belanja siswi..hehe.. :)

    ReplyDelete
  10. mamanajlaa pun ada gak koleksi PH hehhehe yg mampu milik aje la selain dari koleksi fareeda

    ReplyDelete
  11. amboi patut le tudung awk cantik-2 yer. jelez lol :P

    ReplyDelete
  12. Boleh tahan harganya, tp sesuailah dgn kualiti dan jenamanya.. ibu yusuf pakai tudung biasa2 je.. :D

    ReplyDelete
  13. paling mahal pun tudung yg mampu beli.. harga rm 35 ringgit jer... hmmmm...

    ReplyDelete
  14. terima kasih ya semua... sememangnya alah membeli menang memakai... best sangat2. cuba la..

    ReplyDelete
  15. terima kasih juga pada mak dara yang sudi buat entri tentang koleksi tudung pearl haya mia ni di http://www.bicaramakdara.com/2012/05/tudung-pearl-haya-pilihan-blogger-mia.html

    ReplyDelete
  16. Kak, sy ada tjumpa tdung pearl haya murah je. Cuba akak tgk. Facebook, telekung travel sharzlin. Sy pon bli dari situ. -peminat tegar pearl haya

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke? nanti akak check. terima kasih ya sudi beritahu.

      Delete
  17. Banyak betul orang jual tudung kat FB sekarang ni. Dah macam-macam ade. Sampai aku tengok orang pempuan pening nak pilih yang mana satu.

    ReplyDelete
  18. kak zu pun macam kak zakie jgk..asalkan labuh menutup dada dan kainnya selesa bolehlah beli..

    kak zu dah follow kembali

    ReplyDelete
  19. Terima kasih blogger Mia Liana..kami baru terjumpa blog anda ni...berita yang sudah setahun lamanya..kami pun sudah berpindah ke Lot 1-01...Pearl Haya Johor @ Aysha Collection

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo... ok. terima kasih atas makluman ini.

      Delete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

October 2014 Top Supporters