Hadiah daripada Blogger E'raz


Sukanya.... Berita gembira ni. Mia dah terima hadiah misteri dari Blogger E'raz. Sebelum ini Mia ada buat entri Mia Menang Hadiah Misteri Dalam Segmen Mr. E'raz Fadli. Hadiah ni sampai pada hari Khamis lepas dan Mia telah ambil di Pejabat Pos Laju Larkin pada hari berikutnya, Jumaat. Mia kerja, jadi memang tiada siapa yang ada di rumah untuk terima bungkusan ini.

Corak kain ini amat menarik dan memang menepati citarasa Mia. Lembut bila dipegang. Bila dipandang lama-lama kain ni, memang cantik. Mama Tunz cadangkan dalam FB page Mialiana.com agar Mia buat kebaya. Hmmm... menarik gak cadangan ini. Tapi Mia selalu tempah baju di kampung. Kawan Mak Mia yang jahitkan. Nak jahit sendiri memanglah tak sempat.

Terima kasih ya Blogger E'raz....

Post a Comment

5 Comments