Mia terpanggil untuk membuat entri ini apabila ketika berblogwalking terjumpa dengan blog-blog lama yang terbiar dengan erti kata lain tuan punya blog telah berhenti berblog. Mulalah ada idea dan terus menaip entri ini.

Situasi yang sering dialami...
  1. "Dah lama berblog, tetapi tiada faedah pun"
  2. "Entri di blog tiada sesiapa yang komen"
  3. "Trafik di blog kurang daripada 50 pengunjung setiap hari"
  4. "Tidak dapat menjana pendapatan"
  5. "Membazir masa bila berblogwalking"
  6. "Entri di blog sudah banyak tetapi tidak dijumpai di enjin carian"
  7. "Tiada kawan blogger"
  8. "Syok sendiri, buat entri entah apa-apa"
  9. Tiada masa
  10. Membazir wang untuk bil internet
Mulalah timbul..
  1. Tidak seronok ketika berblog
  2. Kurang semangat untuk menaip entri
  3. Menjadi seorang pencuri kandungan entri (copy paste tanpa sumber)
  4. Malas
  5. Stres
  6. Bosan
  7. Blog tempat lepaskan geram
  8. Tiada sokongan daripada rakan dan keluarga
  9. Pandai-pandai tukar design template blog., tetapi tidak berjaya
Akhirnya...
  1. Putus asa
  2. Blog mula bersarang
  3. Tidak ada entri terkini
  4. Pengunjung yang selalu datang mula berkurangan
  5. Blog tidak terurus dan terbiar
Jalan penyelesaian terakhir ialah berhenti berblog..

Sebenarnya Mia rasa ramai di kalangan blogger sekalian pernah pun terdetik di hati untuk berhenti berblog. Betul, kan? Apabila sesuatu yang kita impikan dan harapkan, tidak menjadi kenyataan, terus mula putus asa.

Cubalah ambil ini secara positif. Berblog memang perlukan pengorbanan idea, masa, tenaga dan wang. Anggaplah ia sebagai satu hobi yang menyeronokkan. Carilah kawan dan masuklah mana-mana komuniti blogger untuk lebih dikenali. Bila dah ada ramai kawan blogger tentu perasaan seronok berblog akan bangkit dengan sendiri.

Hidupkan blog dengan aktiviti yang sihat dan mesralah dengan pengunjung blog anda. Antara aktiviti yang sihat ialah giveaway, segmen dan ruangan komen. Pastikan mereka gembira bila datang ke blog anda dan sudah tentu mereka akan kembali lagi untuk melihat entri terkini anda.

Berceritalah di dalam entri tentang apa sahaja yang anda tahu. Mungkin tips, cara-cara, pengalaman kerja, hobi, pandangan peribadi, luahan perasaan, keadaan sekitar, isu semasa dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan juga, cubalah buat entri yang berkualiti yang mungkin boleh dapat trafik dari enjin carian.

Cipta satu identiti blog yang unik yang boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada pengunjung setiap kali datang ke blog kita. Contohnya header, design blog yang lain, kata-kata tagline, cara penyampaian entri dan lain-lain.

Masa dulu, inilah antara aktiviti yang Mia dah buat. Rajin berblogwalking, rajin komen, rajin ping ke mana-mana group dalam facebook, rajin follow blog, like fanpage blogger, buat akaun twitter, menyediakan langgan entri blog melalui emel, masuk pertandingan dan join mana-mana komuniti blogger. Sambil berblogwalking, sambil membaca entri, sambil mencedok ilmu... Macam-macam yang dibuatnya. Ada yang berjaya. Ada yang gagal. Buat perubahan pada blog, penyampaian entri dan cara berkomunikasi dengan pengunjung.

Sekarang ini pula, menggunakan smartphone (telefon pintar) untuk update blog secara mobile sebagai alternatif sekiranya tidak sempat membuat entri autopost atau terus nak update blog bila ada idea. Handphone Samsung Galaxy S Advance digunakan sepenuhnya dan melanggan pakej pelan data 3GB untuk akses kepada internet.

Bila dikutuk, terus terasa seperti hendak berhenti berblog, tetapi harus kuatkan semangat. Semangat kena kental. Anggap ianya sebagai batu loncatan. Ambil secara positif dan membina. Buat perubahan kepada yang lebih baik. Biasalah bila berblog, kita terdedah kepada dunia luar dan potensi untuk mendapat kritikan tetap ada.

Tidak dinafikan blog juga boleh menjadi satu kerjaya di mana secara tidak langsung ianya dapat menjana pendapatan sampingan. Belajarlah daripada mereka yang telah berjaya. Cedok dan praktikkan ilmu mereka.

Jangan terlalu meletakkan sesuatu harapan yang tinggi yang mungkin tidak tercapai apabila mula berblog. Tidak semudah itu. Harus bermula dari bawah dan maju setapak demi setapak ke hadapan.

Bacalah dan pelajari dari blog-blog yang berjaya. Tengoklah entri-entri lama mereka, apa yang mereka buat, mungkin ada tips atau tutorial yang dikongsikan. Perhatikan perubahan yang dibuat dari dulu sehingga kini. Sudah tentu kita akan dapat kesimpulan dan cuba ubah cara kita berblog. Tidak semestinya harus ikut seratus peratus tetapi gaya dan teknik berblog itu yang perlu kita ambil untuk dijadikan panduan.

Sayangilah blog anda. Kerana daripada itu, anda boleh mengenali dunia luar. Komuniti blogger.  Dunia tanpa sempadan. Hidup akan lebih ceria kerana sentiasa ada pengikut blog di sisi yang menyokong anda.

sekadar pendapat... berhenti berblog bukan jalan penyelesaiannya...