Hari ini Mia pergi kerja. Punyalah mengharapkan kalau-kalau kemenangan BN pada pilihanraya umum ke 13 (PRU13) ini, ada pengumuman cuti pada hari ini ke... Sempat juga belek dan cari informasi di internet pagi tadi. Nampaknya tiada.

Mia siapkan mana-mana kerja yang penting pagi ini sebelum bergerak ke Kuala Lumpur petang nanti. Esok perlu hadiri Kursus HTML. Satu hari sahaja.

Di pejabat agak sunyi sebab ramai yang cuti hari ini. Yang datang pun sempat juga bercerita tentang keputusan pilihanraya semalam. Paling hangat kerusi Parlimen Gelang Patah apabila Datuk Abdul Ghani Othman (BN) kalah kepada Lim Kit Siang (DAP). Apa-apa pun diharapkan agar pentadbiran kerajaan Malaysia yang dibentuk nanti dapat memberikan kebaikan kepada kita semua.

update blog sekejap sebelum sambung kerja semula...
Published with Blogger-droid v2.0.10