June 2010

Wednesday, June 30, 2010

Beza Lelaki dan Wanita



Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.

Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa.)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah  SWT. Ini  orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.

Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.  Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu  adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk  ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap  4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan  ramadhan, taat  suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka engan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, June 29, 2010

Bagaimana Kita Hendak Menyayangi Seseorang



  1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
  2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
  3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
  4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
  5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
  6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
  7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
  8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
  9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
  10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun. 
 p/s:  Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu  ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ..teman tapi mesra..  Kerana dia adalah insan terpilih...
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, June 28, 2010

Pemenang Saguhati - CicakGirl





"Ucapan terima kasih kepada kak Mia Liana kerana sudi menganjurkan Kuiz Smile..Smile..Smile. Maaf pula sebab lambat membuat entri tentang hadiah Kuiz Smile..Smile..Smile..  Apa yang menariknya tentang Kuiz Smile..Smile..Smile ialah kita dapat mengenali kak Mia dengan lebih mendalam di samping dapat menambah pengetahuan tentang resepi, kesihatan, tips, agama dan banyak lagi. Semoga kak Mia Liana dan keluarga dalam rahmat Allah S.W.T dan akan menganjurkan kuiz lagi pada masa akan datang."
 CicakGirl ada juga membuat entri khas di dalam blognya Hadiah Kuiz Smile Smile.

kata-kata kreatif untuk B.L.O.G. M.I.A.
B - Berkongsi ilmu amalan mulia
L - Luaskan kenalan
O - Optimis dalam kehidupan
G - Gigih menuntut ilmu

M - mengukuhkan silaturrahim
I - informasi bak mutiara
A - aspek agama tidak dilupakan
p/s : Alhamdulillah semua pemenang saguhati telah pun dipaparkan di dalam blog ini. Mia masih menunggu gambar dan ucapan daripada Pemenang Tempat Pertama.
 
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, June 27, 2010

Fenomena kena tindih : Kepercayaan atau kebenaran



Hanya untuk berkongsi maklumat... saya ada terbaca segmen pengalaman menyeramkan dalam     'Book and  Readings ', byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk halus seperti jin atau hantu.

Ramai antara kita yang menterjemahkan bahawa kena tindih seperti tak boleh menggerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada... nampak benda2 pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainya).

Kalau saya tanya, saya yakin mesti ramai jawab pernah kena. Saya pun secara jujur mengakui pernah ada pengalaman kena 'tindih' ni masa sekolah menengah dulu. Adalah dalam 3-4 kali jugak. Masa tu saya sedar... boleh bukak mata separuh. Saya tau saya sedar... tapi takleh gerak. Kengkadang geram gak sbb takleh gerak... pastu 5 minit barulah leh gerak. Saya dulu pun takut... mmg ingatkan kena hempap dah... lepas boleh gerak tu seram sejuk jer...

Tapi setelah saya dewasa dan banyak membaca pasal biologi tubuh badan manusia, barulah saya tau kebenaran dia. Ni saya nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih ni atau nama medicalnya 'sleep paralysis'.

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis).

Kebiasaannya, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM stage  (rapid eye movement) .... waktu nyenyak ni, bijik mata kiter bergerak2. Otak akan bagi tau badan kita suruh rehat. So, badan kite kira macam switch off kejap... REM atonia (tader muscle tone).

Otak kiter pun ader switch off button dipanggil RAS - Reticular Activating System. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni. So tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas, etc.) jer yang on.... kirenyer screen saver laaa or hibernate.

So, bila kita bangun, RAS switched on balik.... kita sedar fully awake state tapi kadang2, electrical signal tak di activate kan oleh otak untuk switch on balik badan kiter. Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika sebelum otak nak activate balik.... mmg menakutkan tapi benar.

Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full. Kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari tapi badan lain lumpuh, etc. Dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi) samada dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak benda2 yang bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa macam ada sesuatu yang sentuh/hempap/ tindih, dll.)

Antara sebab atau benda2 yang boleh men'trigger' sleep paralysis:
  1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama
  2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
  3. sleep/rest deprivation (tak cukup tido la tu... penat sgt)
  4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan, bla2...
  5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( selalu dok lepak rumah jer tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal...aktiviti extreme)
  6. orang yang ader penyakit narcolepsy
Sumber : Email dari seorang kawan
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, June 26, 2010

Can water be affected by our words?‏


Dr. Masaru Emoto, a Japanese scientist, believes so. And he has proof.

Dr. Emoto took water droplets, exposed them to various words, music, and environments, and froze them for three hours. He then examined the crystal formations under a dark field microscope. And he took photographs. The results were totally mind-blowing.

Here's a photo of ordinary water without any prayer spoken over it. The molecular structure is in disarray.

The photo below is water after the prayer was said. It's simply breathtaking.

Dr. Emoto also exposed water to Heavy Metal music. Here's how it looks like. Looks sad if you ask me.

Here's water exposed to classical music and folk dance music. Looks much better, right?

Next, Dr. Emoto stuck a piece of paper with these words: "You make me sick. I will kill you." Here's how the frozen water droplets looks like under the microscope…


Below is how water looked like with the words "Love" over it. The difference is amazing.

This is Polluted water…


This is water from Lourdes , France . Utterly beautiful, right?


Wait A Minute— Aren't You Made Up Of Water?

Yes! 72% of your body is made up of water.
Imagine how your words affect your own body. When you say, "I'm a failure," or "I'm hopeless," or "I won't get well," imagine how these words weaken your health.

Make a choice to say the best words out there. Say often, "I'm wonderful," and "I'm beautiful,". It's not only water.

Dr. Emoto also experimented with cooked rice. He placed one cup of cooked rice in two airtight jars. On one jar, he wrote, "I love you," and on the other, "You fool." Everyday for 30 days, Dr. Emoto would say these words to each jar of rice.

After 30 days, the "I love you" rice was still white. But the "You fool" rice was so rotten, it was black. How can you explain this?
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, June 25, 2010

Effective Tips To Solve Daily Problem


 Ants Problem:
Keep the skin of cucumbers near the place or ant hole.


 To get pure and clean ice:
Boil water first before freezing.


To make the mirror shine:
Clean with spirit


To remove chewing gum from clothes:
Keep the cloth in the freezer for an hour.


To whiten white clothes:
Soak white clothes in hot water with a slice of lemon for 10 minutes 10.


 To give a shine to hair:
Add one teaspoon of vinegar to hair, then wash hair.
 
 
To get maximum juice out of lemons:
Soak lemons in hot water for one hour, and then juice them.


To avoid smell of cabbage while cooking:
Keep a piece of bread on the cabbage in the vessel while cooking.

 
To rid the smell of fish from your hands:
Wash your hands with a little apple vinegar.

 
 To avoid tears while cutting onions:
Chew gum.

 
To boil potatoes quickly:
Skin one potato from one side only before boiling.


 To boil eggs quickly:
Add salt to the water and boil.

 
To check freshness of fish:
Put it in a bowl of cold water. If the fish floats, it's fresh.

 
 To check freshness of eggs:
Put the egg in water.
If it becomes horizontal, it's fresh.
If it becomes slanting, its 3-4 days old.
If it becomes vertical, its 10 days old.
If it floats, it's stale.

 
 To remove ink from clothes:
Put toothpaste on the ink spots generously and let it dry completely, then wash.

 
To skin sweet potatoes quickly:
Soak in cold water immediately after boiling.

 
To get rid of mice or rats:
Sprinkle black pepper in places where you find mice or rats. They will run away.
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, June 24, 2010

Kalau lah binatang ada facebook juga...




Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kita semua selalu post tu.......

Cicak : 
Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk :
Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: 
Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: 
Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak :
isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: 
"Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : 
Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk:
Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : 
Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: 
Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus:
Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak :
malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular :
rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing:
Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: (status Patah kaki )

Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura:
Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi:
Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: 
Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: 
Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: 
susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: 
semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus:
Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: 
Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong :
Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : 
update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

lipas : 
merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati : 
hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga:
Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang:
Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: 
Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: 
Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis:
Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: 
Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki:
macam mana nak kurus nie?

p/s : Ketawa mia baca ni... jom ketawa sama-sama... tak dapat bayangkan macam manalah agaknya... kalau binatang pun ada facebook... senyum dan ketawa sokmo!
Read more / Baca Lagi >>>

~~~PINKLOLIPOPS 1st FREE GIVEAWAY~~~


Uikkk! Mia telah di tagged oleh sop dalam entrinya untuk memasuki giveaway ni. Agak menarik bila Mia buka blog penganjur dengan tema Sewing Makes Me Crazy.  Jom tengok giveaway ni kat sini. Tarikh tutup pada 4 Julai 2010 dan keputusannya akan dikeluarkan pada 6 Julai 2010.


Komen Mia Tentang Blog Ini

Mula-mula je buka terus tertumpu kat gambar atas... apa taknya ni lah jadi penyeri kat blog yang simple ni yang berunsurkan warna pink lembut, sedap mata memandang. Tuan punya blog ni bernama Ayu Rosly. Menerima tempahan jahitan pelbagai melalui online. Walaupun blog ini baru je bermula bulan Mei., Mia tengok dah ramai follower Ayu dan telah pun menerima tempahan jahitan. Mungkin Ayu boleh tambahkan informasi tentang jahitan atau apa-apa yang ada kaitan dengan jahitan.

Secara keseluruhan, blog ini menarik dan mempunyai gaya tersendiri. Tahniah kepada Ayu, semoga berjaya di dalam perniagaan online ini.

Antara Hadiah Yang Ditawarkan



Seterusnya Mia nak tag 3 orang  kengkawan bloggers, mana tahu ada rezeki boleh lah dapat handbag free...
  1. Azaziah Hani
  2. Manja
  3. Nabilla
Read more / Baca Lagi >>>

Aimna Online Store Giveaway!


Mia kena tag oleh tiefazatie untuk giveaway baby ni... Terima kasih... ya... Mia pun teringin juga nak join giveaway ni.. walaupun Sofea tidak memakai cloth diaper (pakai huggies).

Serba Sedikit Tentang Penganjur

Aimna Online Store mengadakan giveaway istimewa untuk semua customer, follower dan rakan blogger sebagai penghargaan selain menambah kenalan/follower serta mempromosikan kedai kecil mereka... Mia tengok giveaway ni tak banyak syarat dan mudah.... Tarikh tutupnya akan diberitahu kelak. Katanya nak seberapa ramai yang mungkin

Syarat-syarat Penganjur
  1. jadik follower blog www.aimnaonlinestore.blogspot.com dan www.mamasayangiman.blogspot.com (mia dah buat)
  2. tempek banner giveaway di side bar dan entri anda.. link back ke blog ini.. (mia dah buat)
  3. buat entri berkenaan giveaway ini..link back ke entri ini.. (mia dah buat)
  4. tempek gambar baby anda (anak sedara / anak jiran pun boleh)
    dalam aksi yang menarik (kalau boleh memakai cloth diapers ya..kalau tak pakai cloth diapers pon takpe...) no editing dan gambar hendaklah jelas ye.. (mia dah buat)
  5. tag 5 orang rakan blogger anda dan maklumkan di blog mereka tentang giveaway ni... (mia dah buat)



Gambar yang Mia pertaruhkan ialah gambar Sofea ketika sedang bermain handphone pakciknya di rumah neneknya di Batu Pahat, hari Sabtu lepas (19 Jun 2010). Sempat juga Mia snap gambar ni secara candid. Usia Sofea dah 10 bulan lebih, belum pandai jalan, masih mapah-mapah lagi...

Hmmm... seterusnya Mia nak tag kengkawan bloggers lain... jom lah join giveaway ni...

puan punya blog http://www.adarnadzmie.blogspot.com
puan punya blog http://annasweet-creations.blogspot.com
puan punya blog http://mysweetdreamcottage.blogspot.com
puan punya blog http://whiteymommy.blogspot.com
puan punya blog http://alinworld.blogspot.com
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, June 23, 2010

Award Kuat Makan



Best nya dapat Award Kuat Makan ni... Mia memang suka makan... Fatihi yang tag Mia dalam entrinya anugerah kuat makan. Terima kasih diucapkan...

Mia taklah kuat sangat makan. Tapi kalau dah tension tu... semuanya sedap di mata. Makan tanpa perasaan. Lebih-lebih lagi bila ada kerja urgent yang nak kena siap cepat, buat assignment bila dah takde idea, nak exam bila belum habis baca buku... Paling penting sekali suka makan Fun Fries McD... terasa macam best sangat. Hilang segala tension yang ada diminum bersama Cool Blog - Honey Dew Milk Tea. Kecur betul air liur ketika buat entri ni.

Apa-apa pun Mia nak tag kat kengkawan Mia yang suka bagi komen kat entri Kuih Jagung.
  1. ber_u_wang 
  2. mr.azyz 
  3. SyuQ
  4. qaseh
  5. MiszMaryaNe
Dan juga kepada aseta. Mia baru je kenal dia. Apa salahnya, kan?

Sila terima award ini dengan hati yang terbuka, ye... kengkawan... jom makan puas-puas!
Read more / Baca Lagi >>>

Tag dari Aril Lanang dan Matdin


Aril Lanang, antara top ten pemberi komen blog Mia. Hmmm tak sangka tag Mia pula. Terima kasih kerna tag Mia dalam entri Saya Di Tag

Matdin pula antara pengunjung  yang selalu singgah blog Mia. Terima kasih, Matdin tag Mia dalam entri Tag Kali Ke Sembilan Belas.

1) Adakah anda rasa anda hot ?
alhamdulillah syukur blog Mia dah ramai pengunjung setiap hari

2) Update wallpaper laptop yang anda guna skrg ?
Ini ialah wallpaper dalam desktop pc Mia


3) Cerita pasal gambar ini.
Gambar pemandangan...kalau tension buat keja.. bila tengok gambar ni... rasa sejuk, lega dan nyaman

4) Kali terakhir makan pizza.
Aritu masa nak masuk Big Fish Moment with Pizza Hut

5) Lagu terakhir yang anda dengar?
lagu jazz

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Baca buku nak exam PTK
Buat kerja ofis

7) Selain nama sendiri , anda dipanggil dengan nama apa ?
1. Mia...panggilan mesra di arena blogging
2. Eli...panggilan mesra keluarga

8) Tag orang , siapa yang nak kena tag?
tuan punya http://anissuzi.blogspot.com
tuan punya http://bebolatomatoe.blogspot.com
tuan punya http://femilleaboutique.blogspot.com

9) Siapa orang number 1 pada anda ?
Suami

10) Katakan sesuatu pada orang number 5.
Hai Ilayana...
britau ye..kalau ada citer² yang menarik

11) Number 3 ada hubungan dengan siapa ?

Tak tahu nak jawab...harap dikecualikan...

12) Bagaimana pula dengan number 2 ?
Blog tempat buyat meluahkan perasaan dan tempat untuk mengisi keboringan

13) Kata - kata cinta pada orang number 4.
Cik pingu tuh... hmmm Mia tak reti la kata-kata cinta ni :)

14) Berikan 5 fakta tentang orang yang anda tag.
Semuanya rajin melawat blog Mia. Berbalas kunjungan dengan blogwalking dan nuffwalking. Mempunyai cerita tersendiri di blog masing-masing...


Jangan marah ya... kalau Mia tersalah tafsir.... Jawablah tag... jangan tak jawab....
Read more / Baca Lagi >>>

Award Top Blogger 2010 Dari Inumatin Dan Qaseh



Ini lah award seterusnya yang Mia terima dari inumatin dalam entrinya My fifth Award - Top Blogger 2010
dan Qaseh dalam entrinya award dari faramir

Terima kasih tak terhingga. Menjadi lumrah bila dah terima award ini, kenalah jawab soalan-soalannya.

1. apa nama blog dan knp letak nama itu?
Namanya Smile..Smile..Smile.. sebab cuba fikir kalau takleh senyum satu hari agaknya macam mana hek? Senyum tuh penting dalam hidup.

2. apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea itu?
mialianas.blogspot.com. Suka sangat dengan nama Mia... macam lembut dan menlambangkan kewanitaan.. + di gabungkan dengan nama sendiri Juliana, amik Liana + s untuk menunjukkan Mia Liana punya = mialianas

3. apa method dlm penulisan anda?
macam-macam ada macam rojak... tak kisah

4. pernah terasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?
tak terfikir lagi...

5. pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
sentiasa... mestilah suami  yang bagi sokongan kuat...

6. apa perasaan anda bila org kata blog anda buruk sdgkan org lain kata blog anda cantik?
tak kisah... setiap orang ada persepsi masing-masing dan berhak luahkannya... terima dengan positif

7. bila blog anda diberanakkan?
diberanakkan Mac 2007 (masa bercinta dengan suami)

8. siapa org pertama yg tahu anda ada blog?
suami...

9. apa perasaan anda bila ada org berkata ttg blog anda d sekolah?
maaf, tidak berkaitan

10. sepuluh org sterusnya bakal di tag.
Mia pilih kengkawan dari no 80 hingga 89 dari Mia's Loyal Friends for Blogwalking = Nuffwalking list....


Di harap mereka yang terpilih dapat jawab tag ini dan sampaikan pada yang lain. Terima kasih dan senyum selalu!         
Read more / Baca Lagi >>>

Tag 20 Tentang Saya


Tag demi tag Mia terima... terima kasih kepada yastro kerana telah berikan tag ini pada Mia dalam entrinya tag 20.

Dan juga dari mommy Yen Nathaniel dalam entrinya tag20 perkara tentang mommy yen. Terima kasih jua Mia ucapkan.



20 perkara tentang Mia :
  1. Seorang pelajar OUM Johor Bahru
  2. Masih di dalam tahun ke -3 Bachelor of Information Technology with Honours
  3. Seorang penjawat awam Kerajaan
  4. Bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  5. Ibu kepada seorang anak perempuan berusia 10 bulan
  6. Suka berkaraoke bila tension
  7. Suka minum Cool Blog - Honey Dew Milk Tea
  8. Menyertai aktiviti yasinan wanita di Taman bila ada kelapangan
  9. Peramah dan suka senyum orangnya
  10. Suka makan nasi dengan tomyam dan sayur kailan ikan masin
  11. Suka study pagi-pagi waktu semua orang sedang tidur
  12. Suka mengajar dan berbincang dengan rakan-rakan masa study kat Library OUM
  13. Minat game menembak... kalau boleh nak tembak semua orang sampai mati
  14. Suka warna yang lembut dan menarik
  15. Suka benda-benda yang cantik dan unik
  16. Suka sangat lagu dan cerita Korea, Jepun
  17. Suka sangat makan jagung dan apa-apa makanan yang berkaitan dengan jagung
  18. Cintai suami sepenuh hati
  19. Suka klik iklan nuffnang pengunjung blog Mia tanpa mengharapkan balasan
  20. Suka menjalinkan hubungan dengan sapa-sapa yang berminat untuk menjalinkan persahabatan
Letih betul... dan Mia akan tag mereka-mereka yang memberi komen di dalam entri Pesanan Buat Suami... Sudi-sudikan lah diri jawab tag ini ye... Selamat menjawab!


Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, June 22, 2010

Lagi Pemenang Tempat Saguhati




"Assalamualaikum, Kak Liana. Alhamdulillah, akhirnya hadiah tu sampai ke tangan saya walaupun terpaksa tempuhi pelbagai dugaan. Ini merupakan kali pertama saya memenangi peraduan dari mana-mana blog yang saya sertai. Walaupun hanya di tempat sagu hati, namun ia memberikan saya satu pengalaman baru dan pastinya membuatkan saya happy :)

Terima kasih kerana menerima penyertaan saya. Semoga blog Kak Liana terus maju, dan jangan lupa jemput saya lagi sekiranya ada pertandingan lagi di masa hadapan.

P/s: Tengah fikir nak makan KFC atau Pizza Hut. Ngee~
"

kata-kata kreatif untuk B.L.O.G. M.I.A.
"Berkongsi ilmu tujuan utama, diselang selikan dengan pelbagai gurauan senda. Pasti membuat pengunjung tertarik selamanya"

p/s: Mia masih belum menerima gambar & ucapan cicakgirl (pemenang tempat saguhati) dan Khazanah_Illahi (pemenang tempat pertama) walaupun hadiah telah diterima disebabkan masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.
Read more / Baca Lagi >>>

52. Kuih Lapis Keladi



Bahan-Bahan:
  1. 1-½ cawan tepung gandum
  2. 2 sudu makan tepung beras
  3. 2 sudu makan tepung jagung
  4. ¾ cawan gula
  5. 3 cawan santan
  6. 1 sudu teh garam
Untuk lapisan A :
  1. ½ cawan air
  2. 1 sudu makan pes keladi
  3. pewarna ungu
Untuk lapisan B:
  1. ½ cawan keladi parut
  2. ½ cawan air
Cara:
  1. Panaskan kukusan.
  2. Kisar semua bahan kecuali bahan untuk lapisan dan tapis.
  3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  4. Masukkan bahan A dalam bahagian 1.
  5. Masukkan bahan B dalam bahagian 2.
  6. Sapu rata loyang dengan minyak.
  7. Masukkan 1 cawan adunan bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 3 minit.
  8. Lapiskan 1 cawan adunan bahan B dan kukus lagi selama 3 minit.
  9. Ulangi langkah 7 dan 8 sehingga adunan habis.
  10. Sejukkan dan potong.
Sedia untuk dihidangkan.
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, June 21, 2010

PTK oh PTK - Kompetensi Fungsional



Memandangkan Mia adalah seorang penjawat awam, Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) memang kena tempuhi. Selalu tipu diri untuk rasa gembira bila hari periksa hampir tiba. Tekanan mula terasa tapi buat tak tahu je. Kali ni Mia perlu hadir ke PTK untuk Kompetensi Fungsional. Bila tu? Dah dekat dah. Selasa depan 29 Jun 2010. Untuk yang Kompetensi Generik, Mia dah ambil tahun lepas. Bila nak periksa je, yang penting sekali ialah lulus. Mia baru je Tahap 1.

Sebagai seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 di organisasi ini, dan juga calon tunggal gred ini, Mia kena lah belajar sorang-sorang. Tak ada kawan. Nak buat macam mana... sedihnya. Tapi tidak mengapa.. dah biasa belajar sorang-sorang... harus cuba juga.

Silibus yang ditentukan adalah seperti berikut :
  1. Maklumat Organisasi
  2. Rancangan Tanaman Semula Nanas (RTS) dan Rancangan Tanaman Baru Nanas (RTB)
  3. Konsep ICT
  4. Teknik Pengaturcaraan
  5. Konsep Pemasangan (Rangkaian Komputer)
  6. Pembangunan Aplikasi Multimedia
  7. Konsep Sistem Operasi (Penyelenggaraan, Keselamatan dan Pengendalian)
Macam biasa lepas dah periksa mesti lah ada temuduga terbuka untuk calon PTK. Oleh kerana Mia sorang sahaja, maka diberi tugasan berupa take home assignment untuk 7 hari (alhamdulillah). Harap sangat soalan-soalannya dapat Mia jawab dalam tempoh tersebut.

Apa-apa pun yang penting sekali, jangan sampai blank ketika nak jawab exam. Ni perkara yang paling dan amat Mia takutkan.
Read more / Baca Lagi >>>

51. Kuih Lapis Coklat Jagung



Bahan-bahan:
  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 2 sudu makan tepung beras
  3. 2 sudu makan tepung kastad
  4. 3/4 cawan gula
  5. 4 cawan santan
  6. 1 sudu teh garam
  7. ½ cawan isi jagung (kisar bersama ½ cawan air)
  8. 1 sudu makan serbuk coklat (bancuh dengn ½ cawan air suam)
Cara:
  1. Panaskan kukusan.
  2. Kisar semua tepung, gula dan santan. Tapis.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  4. Masukkan jagung dalam bahagian 1 dan gaul rata.
  5. Masukkan coklat dalam bahagian 1 dan gaul rata.
  6. Sapu rata loyang dengan minyak masak.
  7. Masuk 1 senduk adunan koko dan kukus selama 3 minit.
  8. Lapiskan 1 senduk adunan jagung dan kukus semula selama 3 minit.
  9. Ulangi langkah 7 dan 8 sehingga adunan habis.
  10. Sejukkan dan potong.
Sedia untuk dihidangkan.
Read more / Baca Lagi >>>

Pesanan Buat Suami


  1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
  2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
  3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
  4. Jangan demand sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
  5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
  6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
  7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
  8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
  9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
  10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
  11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
  13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
  14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
  15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
  18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
  19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
  20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
  21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
  22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
  23. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, June 20, 2010

Amalan Mengelakkan Santau


Apakah amalan yang biasa dilakukan untuk menghindarkan diri daripada santau?

Sebelum berangkat ke tempat makan, bacalah surah al_Quraisy sebanyak satu kali.

Setelah sampai ke tempat makan, bacalah surah al_Quraisy sebanyak satu kali lagi. Kemudian baca ayat di bawah.

Setelah dibacakan ayat-ayat tersebut, perhatikan bayangan wajah kita di dalam air. Sekiranya terdapat bayangan wajah kita, maka dibolehkan kita meminumnya. Namun sekiranya tiada, maka sebaiknya jangan diminum.

Sebelum makan, pusing sedikit pinggan dan baca lagi


Jika terdapat racun santau, Insya Allah pinggan itu akan pecah dengan izin Allah.

Surah al-Quraisy hendaklah dijadikan amalan bagi mengelakkan diri daripada terkena racun santau dan juga sebarang gangguan.

Sumber : Kaedah Perubatan Islam bersama Dato' Hj. Ismail Kamus
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters March 2017