35. Donut


Bahan-bahan:
  1. 500 gram tepung gandum
  2. 1 cawan gula
  3. 1 cawan susu tepung
  4. ½ sudu teh garam
  5. 1 bungkus yis kering
  6. 1 sudu makan lemak sayur
  7. 1 biji telur (pukul)
  8. 2 sudu makan marjerin
  9. 250 ml air suam
  10. ½-1kg minyak masak (untuk menggoreng)
  11. Gula halus / coklat cair dan coklat urai (pilihan bahan untuk salut)

Cara :
  1. Masukkan tepung, gula, susu, garam dan lemak sayur ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh hingga tidak melekat.
  3. Tutupkan dengan kain lembab dn biarkan naik hingga 2 kali ganda.
  4. Selepas naik tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
  5. Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki.
  6. Biarkan adunan naik sekali lagi.
  7. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yg sederhana.
  8. Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos.
  9. Salut donat yang telah digoreng dengan gula halus atau sapu coklat pada bahagian atas donat dan tabur dengan coklat urai.
Sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

10 Comments

  1. nampak sedap je gambar donut tuh :)

    ReplyDelete
  2. sdpnya donut ptg nie..nyum3...=)

    ReplyDelete
  3. alahai donut sedapnye, mkn dengan air kopi ke lg le sdap

    ReplyDelete
  4. wahh!! nampak sdap! ^^
    [budak kuat makan]=p

    ReplyDelete
  5. ouhh.. nampak sedappp..!!!!!!! nak!!!!!!

    ReplyDelete
  6. nak donut..nak belajar wat la...nyum23..

    ReplyDelete
  7. sapa yg nak donut tu kena buat sendiri..wak pun nak tp xtaw buat sndiri..:-)

    ReplyDelete
  8. memang sedap donut ni.... pekena plak dengan kopi o..... boleh buat pesanan ni akak...........

    ReplyDelete