image Bagaimana Untuk Belajar Tanpa Mengabaikan Tanggungjawab Lain - Mia Liana

Tuesday, 6 March 2012

# Study Matters # Tips

Bagaimana Untuk Belajar Tanpa Mengabaikan Tanggungjawab Lain


Soalan ini ditujukan pada Mia oleh pelajar-pelajar OUM dalam OUM Group Discussion & Alumni. Killer betul soalan ni. Berat rasanya nak jawab. Mia cuma boleh jawab apa yang Mia dah praktikkan selama ini.

Pertama sekali bila dah bergelar pelajar OUM, tanggungjawab-tanggungjawab lain jangan diabaikan. Keluarga dan kerjaya perlu diseimbangkan. Masa belajar perlu ada setiap hari. Ada pernah kira tak, masa yang diperuntukkan untuk belajar dalam seminggu? Pernah buat timetable tak?

Timetable sebenarnya penting bagi mendisiplinkan diri kita yang sibuk ni. Kalau tiada timetable, jadi kelam kabut nanti. Itu dan ini semuanya tidak terurus. Akhirnya, "tiada masa untuk belajar". Belajar last minute, tidak digalakkan untuk diamalkan oleh pelajar OUM.

Timetable boleh selalu berubah mengikut keadaan dan keutamaan dan juga atas kesesuaian kita untuk patuhi timetable tu. Kalau tak patuh pada timetable, susah la macam ni. 


Aktiviti Mia Di Hari Bekerja

4.30 pagi - 6.00 pagi
Belajar

6.00 pagi - 7.00 pagi
Persiapan untuk kerja, urusan rumahtangga dan keluarga

7.00 pagi - 8.00 pagi
Ke tempat kerja

8.00 pagi - 5.00 petang
Waktu Kerja

5.00 petang - 6.00 petang 
Balik rumah

6.00 petang - 10.00 malam
Urusan rumahtangga dan keluarga

Lepas 10.00 malam
Aktiviti bebas dan tidur

Waktu belajar Mia yang ada cumalah di waktu lewat malam ataupun awal pagi. Memang confirm tidak boleh ditukar pada masa lain. Jadi, kena pandai-pandai sesuaikanlah diri dengan keadaan ini. Masa inilah yang Mia gunakan sepenuhnya untuk belajar. Tidak kiralah untuk baca, buat nota, belajar online, baca forum online, baca bahan rujukan di internet dan apa-apa aktiviti yang melibatkan pembelajaran. Perlu diingatkan kualiti belajar lebih penting daripada kuantiti belajar. Kena belajar dengan bijak. Kalau dah letih sangat, malam tu tak payahlah belajar. Tidur dulu. Bangun esok pagi barulah belajar. Otak pun segar dan mudah untuk menerima ilmu pada masa tu.

Kemudian, Mia aturkan aktiviti masa belajar Mia dalam seminggu. Mula-mula kita tengok ada berapa subjek yang kita ambil untuk semester ini. Katakan ada 3 subjek. Subjek A - 12 topik. Subjek B - 10 topik. Subjek C - 8 topik. 

Selepas itu kita klasifikasikan subjek-subjek tadi tu bergantung pada minat dan tahap pemahaman kita sama ada subjek mudah ataupun sukar untuk difahami. Bagi subjek yang kita minati, susah macamana pun tentu kita akan dapat luangkan masa untuk belajar dan akan lebih utamakan subjek ini daripada subjek lain. Bagi subjek yang kita tak minat, terkadang kita belajar macamanapun sukar nak faham walaupun ianya senang dan mudah untuk difahami. Lebihkan masa belajar untuk subjek yang sukar dan perlu pemahaman yang lebih.

Satu semester di OUM ada 4 bulan. Masa belajar ada 3 bulan sebelum final exam pada bulan ke-4. Bulan ke-3 pula paling sesuai untuk ulangkaji pelajaran. Peruntukkan 2 bulan pertama untuk baca dan belajar semua subjek. Jangan tamak untuk habiskan banyak topik dalam satu masa. Mia peruntukkan satu sesi belajar sebanyak 1 jam 30 minit (terpulang pada diri sendiri, boleh patuh ataupun tidak). Bacalah 1 hingga 2 topik Subjek A pada satu sesi belajar. Pada hari esoknya, bacalah 1 hingga 2 topik Subjek B pula. Lepas tu, Subjek C pula dan seterusnya. Aturkan timetable untuk topik mana yang patut dibaca ikut kesesuaian kita. Mia suka buat cantik-cantik dalam Microsoft Word, siap ada colour lagi kemudian print dan tampalkan di dinding tempat Mia belajar kat dalam bilik.  Jadi, bila suami tengok pun suka. Mana yang Mia dah settle, Mia tandakan. Suami pun takde lah susah hati, asyik nak tanya dah baca buku ke belum...

Belajar kenalah konsisten setiap hari. Dalam tempoh 2 bulan boleh habis semua topik dibaca dan difahami. Boleh juga ulang mana-mana topik yang penting dalam tempoh 2 bulan tu. Nampak macam mustahil, tetapi sebenarnya ianya boleh jadi kenyataan. Percayalah.

Inilah rahsia belajar yang Mia praktikkan selama belajar di OUM (habis pecah rahsia Mia ni). Mula-mula masa buat dulu terasa payah sangat. Tetapi bila dah jadi kebiasaan, Mia dah selesa dengan cara belajar yang macam ni. Setiap orang tidak sama cara belajarnya. Yang penting kita kena selesa dengan cara kita.

Sekadar selingan...
Thomas Elva Edison, seorang saintis Amerika yang telah berjaya mencipta lebih daripada 1000 rekaan dalam hidupnya dan diiktiraf sebagai seorang yang genius. Salah satu rekaannya ialah mentol elektrik. Ilham atau nasib mewakili 1% daripada kejayaannya. 99% lagi, adalah usaha dan kerajinan beliau supaya terus mencuba. Beliau berjaya kerana tidak berputus asa berusaha dan bekerja keras. Beliau tidak percaya kebijaksanaan semata-mata dapat membawa kepada kejayaan. 

p/s: cara belajar ini tidak terpakai untuk aktiviti menyiapkan assignment dan persediaan untuk final exam

15 comments:

  1. fuh...sebelum subuh membaca.....

    xleh buat ni....kalau lepas subuh ok kot

    ReplyDelete
  2. nak belajar ni memang kena kuatkan mental ek..bagus akak ni.

    ReplyDelete
  3. bagusnye akak..linda memang terpikir nak sambung study, tapi nak buat part time je la..cume kadang2 terpikir tak kuat fizikal n mental nk bekerja n study dalam mase yg same..

    ReplyDelete
  4. bagunye kak mia. hani nk try praktikkan mcm ni jugak la. :)

    ReplyDelete
  5. tips yg sgt baik ni Mia... tahniah..

    semoga menjadi panduan utk mereka yg lain.. ;)

    ReplyDelete
  6. wktu2 subuh memori tgh best.. mudah ingat apa yg kita study ^^

    ReplyDelete
  7. coklat salut ah ngn kak mia~nak urus family lg,study lagi~tp mmg btl waktu subuh waktu yg sesuai utk pembacaan/hafalan sbb otak kita tgh fresh lagi time 2..hihihi

    ReplyDelete
  8. Tips yang sangat bagus....tahniah...

    ReplyDelete
  9. tq for the tips..saya akan praktikkan tips ni..

    ReplyDelete
  10. TQ 4 d tops. Dapat semangat nak belajar balik nih. :)

    ReplyDelete
  11. salam akak.. kalo nk dapatkan gelaran honour dlm degree ni kne dpat 3.6 cgpa ke atas ke mcm mana?

    ReplyDelete